USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR TERIMA KUNJUNGAN YAYASAN BANK RAKYAT, RANGKA KERJASAMA PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM PENDIDIKAN

USM PULAU PINANG, 12 November 2020 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan telah menerima kunjungan Yayasan Bank Rakyat (YBR) dalam rangka lawatan kerja ke USM bagi bersama-sama membincangkan pembangunan modal insan di sektor pendidikan tinggi universiti.

WhatsApp_Image_2020-11-14_at_13.52.09.jpeg

Kunjungan delegasi YBR diketuai oleh Pemangku Pengurus Besarnya, Mohd Fauzi Md Fadzil, diiringi bersama Pengurus Jabatan Perhubungan Komuniti dan Penjenamaan Korporat, Mohamad Ghazali Abidin; Pengurus Bank Rakyat Cawangan Bayan Baru, Mohd Zuhaimi Hussain dan Pengurus Jabatan Penajaan Pendidikan, Khairul Na’im Arifin.

Pada sesi pertemuan tersebut, Naib Canselor berkesempatan meluangkan masa selama dua jam bersama delegasi tersebut melalui majlis makan malam ringkas yang diadakan di Dewan Siswa Niaga, USM.

Pada majlis yang sama, kedua-dua pihak turut mengadakan sesi perbincangan santai mengenai keperluan yang mampu dirangka bersama bagi tujuan tersebut demi mencapai hasrat membantu golongan yang memerlukan terutamanya pelajar B40 di USM.

Bagi pihak USM, yang turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Aldrin Abdullah; Pengarah Pusat Pembangunan HEBAT (HDC), Hazlan Abdul Hamid; Timbalan Pendaftar Pejabat Naib Canselor, Mohd Rashid Abdul Rejab dan Penyelaras Pusat Pembangunan Alumni USM, Sharifah Darweena Syed Ahmad.

Majlis makan malam telah dipastikan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan termasuk semua tetamu wajib memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial sepanjang majlis berlangsung, mengimbas kod MySejahtera dan penggunaan sanitasi tangan sebelum memasuki dewan.

WhatsApp_Image_2020-11-12_at_22.45.00.jpeg

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar/Foto: Ebrahim Abdul Manan  

  • Created on .
  • Hits: 1045

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024