USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM DAN UM DALAM 500 UNIVERSITI TERBAIK MENGIKUT CWTS LEIDEN RANKING 2013

PULAU PINANG, 23 April 2013 - Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia (UM) tersenarai dalam kalangan 500 buah universiti terbaik dalam bidang penyelidikan mengikut penarafan Centre for Science and Technology Studies (CWTS) Leiden Ranking 2013, Universiti Leiden Belanda.

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

USM berada pada kedudukan 361 dan Universiti Malaya disenaraikan pada kedudukan 464.

CWTS Leiden Ranking 2013 mendakwa yang penarafan ini menggunakan indikator yang lebih maju dalam mengukur impak saintifik dan kolaborasi yang menggunakan metodologi yang lebih telus dan tidak hanya bergantung kepada data subjektif kajian-klajian yang dibuat termasuk yang diberi sendiri oleh universiti.
 
Penarafan ini melihat kepada lima bidang utama iaitu “biomedical and health sciences; life and earth sciences; mathematics and computer sciences; natural sciences and engineering; or social science & humanities “ dan kedudukan mengikut benua Afrika, Asia, Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Oceania.
 
Penarafan CWTS Leiden Ranking 2013 boleh dilayari melalui laman sesawang http://www.leidenranking.com/ranking , manakala maklumat tentang CWTS Leiden Ranking 2013 dapat dilayari melalui http://www.socialsciences.leiden.edu/cwts/news/news-leiden-ranking-20130417.html.

 

  • Created on .
  • Hits: 2911

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024