KEMASUKAN PELAJAR SENIOR KE KAMPUS PADA 24 DAN 25 OKTOBER 2020
KHAMIS, 22 OKTOBER 2020
KEMASUKAN PELAJAR SENIOR KE KAMPUS PADA 24 DAN 25 OKTOBER 2020
Pelajar-pelajar senior Universiti Sains Malaysia (USM) yang telah mendapat kelulusan Dekan pusat pengajian melalui Borang A untuk kembali ke kampus bagi menjalankan projek tahun akhir dalam semester 1, atau apa-apa keperluan lain sebagaimana yang ditentukan oleh pusat pengajian, boleh mula memasuki kampus pada 24 Oktober 2020 (Sabtu) dan 25 Oktober 2020 (Ahad) mengikut waktu pejabat sebagaimana jadual berikut:
TARIKH | MASA | DESASISWA | CHECKPOINT | LOADING BAY |
24 Oktober 2020 (Sabtu) | 8.00 am – 5.00 pm | Aman Damai | Padang Kawad | Aman Damai |
Cahaya Gemilang Harapan | Cahaya Gemilang Harapan | |||
Restu |
M01 (L) M02 (P) |
|||
Tekun |
M05 (L) M06 (P) |
|||
25 Oktober 2020 (Ahad) | 8.00 am – 5.00 pm | Indah Kembara | Padang Kawad | Indah Kembara |
Bakti Fajar Permai PETAS | Pejabat BFPP | |||
Saujana | Cafe M07 |
Mereka yang berada di zon merah/PKPB/PKPD dilarang sama sekali kembali ke kampus (walaupun telah menerima kelulusan dari Dekan pusat pengajian) sehingga kebenaran untuk kembali ke kampus diberikan oleh pihak Universiti.
Pelajar senior yang bukan dari Zon Merah/PKPB/PKPD dan ingin kembali ke kampus perlu mengisi dan mencetak Borang Deklarasi Saringan Risiko COVID-19 melalui Campus Online, tiga (3) hari sebelum masuk ke kampus setelah mendapat kelulusan Dekan pusat pengajian melalui Borang A.
Pelajar digalakkan menggunakan kenderaan sendiri atau hadir bersama ibu/bapa semasa kembali ke kampus.
Mereka yang memasuki kampus menggunakan kenderaan sendiri/awam, perlu menjalani saringanrisiko COVID-19 secara pandu lalu di checkpoint yang ditetapkan, iaitu untuk pemeriksaan suhu dan penyerahan Borang A serta Borang Deklarasi Saringan Risiko COVID-19 (sebelum dibenarkan ke loading bay di desasiswa masing-masing).
Mereka yang datang dihantar oleh ibu bapa hanya perlu menurunkan pelajar bersama bagasi mereka di loading bay yang telah ditetapkan dan berlalu meninggalkan kampus.
Pelajar senior yang tinggal di luar kampus atau Pelajar Tanpa Asrama (PETAS) (sedia ada atau akan kembali)perlu terlebih dahulu masuk ke kampus untuk melalui saringan risiko COVID-19 secara pandu lalu di Padang Kawad sebelum kembali ke kediaman masing-masing.
Pelajar yang telah melepasi saringan risiko COVID-19 di checkpoint, akan diberikan slip pengesahan lulus saringan risiko COVID-19 berwarna oren yang diperakukan oleh Petugas Saringan
Pelajar yang gagal melepasi saringan risiko COVID-19 di checkpoint, akan diuruskan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti.
Bagi pelajar yang dijadualkan untuk kembali ke kampus pada 24 Oktober 2020 (Sabtu) tetapi mempunyai kekangan yang tidak dapat dielakkan, pelajar boleh kembali ke kampus pada 25 Oktober 2020 (Ahad) dan sebaliknya.
PROFESOR DR. ALDRIN ABDULLAH
Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Universiti Sains Malaysia
22 Oktober 2020
- Created on .
- Hits: 1111