USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

OKTOBER: BULAN AKADEMIA KEBANGSAAN, IKTIRAF SUMBANGAN AHLI AKADEMIK BANGUNKAN NEGARA DAN MASYARAKAT

PULAU PINANG, Oktober 2020 – Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengisytiharkan tarikh 5 Oktober setiap tahun sebagai Hari Guru Sedunia sejak tahun 1997.

Pada 5 Oktober 2019, bersempena sambutan antarabangsa tersebut, Malaysia telah menyambut Hari Akademia Kebangsaan yang pertama yang telah diperkenalkan oleh mantan YB Menteri Pendidikan.

Difahamkan Malaysia adalah negara pertama yang mengadakan sambutan sebegini untuk mengiktiraf sumbangan ahli akademik.

Pada tahun ini, YB Menteri Pengajian Tinggi bersetuju supaya sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia diteruskan tetapi pada skala yang sederhana selaras dengan keadaan semasa berkaitan COVID-19 dan situasi ekonomi negara yang tidak begitu mengizinkan serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sepertimana yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia Kebangsaan yang dijalankan dalam bulan Oktober ini memberi penghargaan kepada hampir 70,000 staf akademik dan tenaga pengajar dari pelbagai institusi pendidikan tinggi seperti Universiti Awam dan Swasta, Maktab Perguruan, Pusat Latihan, Kolej dan Politeknik.

WhatsApp_Image_2020-10-23_at_08.53.34.jpeg

Tema sambutan pada tahun ini ialah "Akademia Prihatin.”

Ia menepati suasana masa kini, yang mana ahli akademik terus berusaha melaksanakan aktiviti pendidikan menggunakan teknologi, sewaktu berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19 yang memberi kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Ketika negara sedang menghadapi krisis pandemik ini, para akademik dan tenaga pengajar/guru perlu terus berusaha secara kreatif dan inovatif serta melakukan yang terbaik dalam melaksanakan agenda pendidikan nasional.

Sehubungan itu, wajarlah peranan, sumbangan dan jasa ahli akademik dalam membangunkan pendidikan tinggi negara dan masyarakat dihargai kita semua.

Aktiviti pengajaran pada asasnya akan terhasil dari hati (Teaching after all, is a work of ‘heart’).

Teks: Hafiz Asyraf (pelajar internship di MPRC)/Suntingan: Tan Ewe Hoe & Mazlan Hanafi Basharudin

  • Created on .
  • Hits: 1427

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024