USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BEKERJASAMA DENGAN IIEP-UNESCO DAN KPT PERKASAKAN SDG4

E SDG goals icons individual rgb 04

PULAU PINANG, 9 Oktober 2020  Dalam usaha memperkasakan SDG4 (Matlamat Pembangunan Lestari #4) iaitu Pendidikan Berkualiti, International Institute for Educational Planning (IIEP) di bawahPertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) melancarkan projek penyelidikan bertajuk SDG4: Planning for Flexible Learning Pathways in Higher Education (SDG4: Perancangan Laluan Pembelajaran Fleksibel dalam Pengajian Tinggi) pada tahun 2018.

Projek penyelidikan tersebut merangkumi kaji selidik asas antarabangsa (international baseline survey), dan juga kajian kes daripada lapan negara yang terpilih di wilayah yang berlainan yang sedang membangunkan atau telah mengembangkan inisiatif untuk laluan pembelajaran fleksibel tersebut.

photo the researchers at IIEP UNESCO Paris

Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Commonwealth Tertiary Education Facility (CTEF) di bawah Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) telah dipilih dan dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kajian kes bagi Malaysia.

Kajian kes tersebut memfokuskan dasar nasional, pelaksanaannya dan bagaimana ia mempengaruhi amalan di institusi-institusi pengajian tinggi.

Hasil dapatan kajian kes tersebut bersama dengan hasil dapatan kajian kes daripada United Kingdom, Chile, Finland, India, Jamaica, Morocco and Afrika Selatan akan dibentangkan di Forum Dasar Antarabangsa, yang akan diadakan di Malaysia pada Mac/April 2021 dengan CTEF sebagai penganjur utama.

Sementara itu, satu Forum Kebangsaan secara dalam talian yang menggunakan pendekatan Action Learning Feedback (ALF) akan dianjurkan bersama oleh Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dengan kerjasama CTEF-IPPTN USM pada Oktober 2020.

Forum kebangsaan tersebut akan menjadi platform bagi perkongsian dapatan hasil kajian dan cadangan daripada projek penyelidikan dengan pihak-pihak berkuasa di Malaysia terutamanya para penggubal dasar dan pelaksana bagi institusi pengajian tinggi.

Sumber: CTEF-IPPTN/Suntingan: Tan Ewe Hoe  

  • Created on .
  • Hits: 620

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024