USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KEMASUKAN PELAJAR SENIOR KE KAMPUS PERLU PATUHI SOP

120363393 3459860480741627 801811575262572708 n

SABTU, 17 OKTOBER 2020, 5.00 PETANG 

KEMASUKAN PELAJAR SENIOR KE KAMPUS PERLU PATUHI SOP

Pelajar-pelajar senior tahun akhir Universiti Sains Malaysia (USM) yang telah mendapat kelulusan Dekan melalui Borang A untuk kembali ke kampus untuk menjalankan projek tahun akhir (F2F) dalam semester 1, atau apa-apa keperluan lain sebagaimana yang ditentukan oleh pusat pengajian boleh mula memasuki kampus pada hari Sabtu, 24 Oktober 2020 dan Ahad, 25 Oktober 2020 ini mengikut waktu pejabat.

Mereka yang berada di zon merah dilarang sama sekali kembali ke kampus sehingga kebenaran untuk kembali ke kampus diberikan oleh pihak Universiti.

Pelajar senior tahun akhir ini yang ingin kembali ke kampus perlu mengisi dan mencetak borang Deklarasi Saringan Risiko COVID-19 melalui aplikasi Campus Online, 3 hari sebelum masuk ke kampus setelah mendapat kelulusan Dekan pusat pengajian melalui Borang A.

Mereka yang memasuki kampus menggunakan kenderaan sendiri/awam perlu menjalani saringan COVID-19 secara pandu lalu di checkpoint yang ditetapkan iaitu pemeriksaan suhu, penyerahan borang A dan borang Deklarasi Saringan Risiko COVID-19 sebelum dibenarkan ke "loading bay" di desasiswa masing-masing. 

Mereka yang datang dihantar oleh ibu bapa hanya perlu menurunkan pelajar bersama bagasi mereka di “loading bay" yang ditetapkan dan berlalu meninggalkan kampus.

Pelajar senior yang tinggal di luar kampus (PETAS) perlu terlebih dahulu masuk ke kampus untuk menjalani saringan COVID-19 secara pandu lalu di padang kawad sebelum kembali ke kediaman masing-masing.

 

PROFESOR DR. ALDRIN ABDULLAH

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Universiti Sains Malaysia

17 Oktober 2020

  • Created on .
  • Hits: 877

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024