USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BERHADAPAN DENGAN KETIDAKPASTIAN

WhatsApp_Image_2020-10-13_at_11.54.57_PM.jpeg

Semasa pandemik COVID-19, kita berhadapan dengan suasana yang tidak menentu.

Berapakah jumlah kes di Malaysia keesokan hari? Adakah akan ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Apakah yang akan berlaku kepada kelaskita? Pekerjaan kita?

Ketidakpastian mengenai peristiwa negatif boleh menyebabkan lebih banyak kebimbangan berbanding peristiwa sebenar.   

Apakah cara terbaik untuk berhadapan dengan ketidakpastian?

Ahli psikologi mengesyorkan beberapa cara.

Pertama, menerima kenyataan bahawa ketidakpastian adalah sebahagian daripada kehidupan. Dengan menerima hakikat ini, kita boleh menggunakan tenaga untuk maju ke hadapan. Menerima tidak bermakna mengalah. Ia bermaksud menerima realiti dan menyedari perlunya untuk terus bergerak ke hadapan.  

Perkara kedua yang boleh dilakukan ialah menjaga diri sendiri. Semasa ketidakpastian, kita memerlukan semua kekuatan peribadi yang ada. Adalah penting untuk menjaga diri pada masa ini dengan makan makanan berkhasiat, mendapat tidur yang mencukupi dan mewujudkan detik-detik yang menggembirakan untuk diri sendiri.  

Dalam usaha menjaga diri anda, penting untuk memastikan anda gembira dengan cara yang sihat. Jika anda suka berbual dengan rakan-rakan dan ahli keluarga, lakukan perkara ini lebih kerap. Jika anda suka mendaki bukit atau gunung, teruskan dengan aktiviti ini.   

Kita mempunyai kecederungan dalaman kepada perkara negatif yang mengarahkan perhatian kepada senario paling buruk yang mungkin akan berlaku. Hal ini sebenarnya boleh melemahkan diri kita.

Cuba melawan kecenderungan ini dengan membayangkan kemungkinan yang bertentangan iaitu senario terbaik yang boleh berlaku. Bukan senario buruk sahaja boleh berlaku. Senario baik juga ada kalanya terjadi.  

Kita juga harus lebih peka tentang perkara yang sedang berlaku dan memberi perhatian kepada perkara-perkara yang boleh dikawal.

Mematuhi Tatacara Pengendalian Piawai atau Standard Operating Procedure (SOP) semasa pandemik adalah sesuatu yang boleh kita kawal. Lakukan ini.  

Elakkan daripada berasa tidak berdaya. Bertanggungjawab ke atas diri dan kehidupan anda sendiri. Hal ini dapat membantu kita berasa lebih positif.  

Akhir sekali dan yang paling penting, terus mencari makna dalam setiap keadaan.

Adakah pandemik ini sebahagian daripada peringatan untuk memperlahankan rentak hidup?

Atau peluang untuk membantu orang lain dan membina hubungan yang lebih baik?

Mencari makna dapat membantu kita berasa lebih mempunyai harapan.   

Penulisan ini juga boleh dibaca di https://www.usm.my/index.php/covid19/coping-and-thriving-during-covid-19#from-the-psychologist-s-desk

  • Created on .
  • Hits: 832

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024