USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA PENGURUSAN SEKOLAH ZAKAT KEDAH

EAM 9728

PULAU PINANG, 5 Oktober 2020 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan hari ini menerima kunjungan hormat dari Lembaga Pengurusan Sekolah Zakat negeri Kedah bagi membincangkan beberapa perkara mengenai penambahbaikan kampus cawangan USM, Sains@AlorSetar di Kedah.

EAM 9732

Delegasi Lembaga Pengurusan Sekolah Zakat Kedah diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Agihan dan Pembangunan Asnaf, Lembaga Zakat Negeri Kedah, Azizul Rusmadi Abdul Rahman;diiringi Ketua Bahagian Pendidikan, Lembaga Zakat Negeri Kedah, Mohd Khairi Ishak; Ketua Unit Pengurusan Operasi Sekolah, Lembaga Pengurusan Sekolah Zakat Kedah, Ahmad Mujaheed Mohamed Kamil; Ketua Program Sains@AlorSetar, Profesor Madya Ts. Dr. Muhammad Izzuddin Syakir Ishak dan Pengurus Program Sains@AlorSetarTs. Mohamad Shaiful Md Yusuff. 

f6be1498 9417 4009 9f5f dc4ccb46ff06

Perjumpaan dan perbincangan yang diadakan bersama pihak Sains@AlorSetar menyentuh mengenai projek pengubahsuaian di Blok D termasuk memberi peluang kepada pihak USM untuk menyatakan keperluan yang diinginkan dalam projek tersebut.

Keperluan ini juga adalah sebahagian daripada penambahbaikan infrastruktur kerjasama program Sains@AlorSetar dan Lembaga Zakat negeri Kedah bagi melonjakkan daya saing dan bakat asnaf dalam aspek pengurusan, kelestarian industri, dan keusahawanan.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar Foto: Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 871

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024