USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

COVID-19 BUKAN HALANGAN UNTUK MENDAFTAR DI USM

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 3 Oktober 2020 - Biarpun negara kembali bergelut dengan kes COVID-19 yang meningkat secara mendadak, namun itu bukan alasan buat Mohd Luqman Sirat, 19, dari Bintulu, Sarawak untuk datang mendaftar diri sebagai mahasiswa baharu Universiti Sains Malaysia (USM) Sidang Akademik 2020/2021.

WhatsApp_Image_2020-10-05_at_07.07.44.jpg

Beliau yang tiba di Kota Bharu sejak 1 Oktober yang lalu sedikitpun tidak merasa gusar dan memilih untuk terus tinggal di dalam kampus bagi memudahkan proses pembelajaran di samping menjimatkan kos penerbangan sekiranya beliau pulang semula ke Sarawak.

"Saya memilih untuk mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pergigian di Pusat Pengajian Sains Pergigian USM setelah mendapat maklumat melalui promosi yang diadakan di kolej matrikulasi sebelum ini.

“Sebenarnya saya tidak sabar untuk memulakan pengajian dengan suasana yang tenang di sini walaupun perlu mematuhi SOP serta pelbagai peraturan dengan norma baharu, namun saya pasti dapat mengharungi situasi tersebut," katanya yang ditemui semasa sesi pendaftaran seawal jam 7.45 pagi.

10bfe154 5d92 486e 8c73 2bbe9c0c0d4c

Sementara itu, salah seorang bapa yang ditemui, Jamaludin Abdul Halim dari Batu Gajah, Perak berterima kasih kepada USM kerana melaksanakan pendaftaran secara pandu lalu yang memudahkan dan lancar.

aa343f24 3966 449d b692 c4cb6ed99963

"Saya tiba di Kota Bharu pagi Jumaat dan baru dapat makluman mengatakan pelajar digalakkan untuk mendaftar 'online' sahaja tetapi memandangkan kami telah sampai di sini, anak saya memilih untuk mendaftarkan diri di kampus bagi mengikuti Program Sains Kesihatan dan Pekerjaan di Pusat Pengajian Sains Kesihatan.

"Saya percaya dan yakin pihak pengurusan universiti akan menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar dengan baik," ujar beliau sebelum meninggalkan kampus.

Bagi kemasukan Sidang Akademik 2020/2021, kira-kira 600 orang pelajar telah diterima mengikuti pengajian di tiga pusat pengajian di Kampus Kesihatan iaitu Pusat Pengajian Sains Perubatan, Pusat Pengajian Sains Pergigian dan Pusat Pengajian Sains Kesihatan.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid/Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 897

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024