USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DUTA JEPUN KE MALAYSIA

USM PULAU PINANG, 28 September 2020 – Universiti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan hormat Duta Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Hiroshi Oka yang mengadakan lawatan kerja ke Bangunan Toray-USM dan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, USM.

Kunjungan ini merupakan kunjungan pertama beliau ke USM sejak dilantik ke jawatan tersebut pada 9 November 2019 yang lalu, bagi mengetahui sedikit sebanyak kerjasama di antara Toray-USM dan hubungan dua hala di antara insitusi-institusi pendidikan Jepun dan USM.

WhatsApp_Image_2020-09-28_at_15.37.50.jpegTurut mengiringi beliau adalah Konsul Jeneral Jepun di Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Shinichiro Kanoya dan Setiausaha Kedutaaan Jepun di Malaysia, Takahiro Koyama.

WhatsApp_Image_2020-09-28_at_15.37.50_1.jpeg

Ketibaan kenamaan tersebut di hadapan bangunan Toray-USM disambut oleh Pengarah Pusat Kebudayaan Jepun KUFS-USM/KUFS-USM Japanese Cultural Centre, Masatoshi Soeda; Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Dr. Nur Hafeeza Ahmad Pazil; Guru Bahasa (Jepun), Kelana Ahmad dan Penolong Pendaftar Pusat Kebudayaan Jepun KUFS-USM, Shafinaz Md Ismail. 

WhatsApp_Image_2020-10-01_at_08.49.57.jpeg

Pada pertemuan selama dua jam itu, beberapa perancangan dan inisiatif dikemukakan bagi menjalinkan kerjasama yang efektif di antara kedua-dua buah negara dalam konteks pendidikan tinggi bagi manfaat bersama pada masa hadapan, termasuk pembentangan oleh Nur Hafeezamengenai pengajian ‘Japanese Liberal Studies’ yang bakal ditawarkan di USM.

Pusat Kebudayaan Jepun KUFS-USM ditubuhkan di USM pada Ogos 2015 dan beroperasi sepenuhnya di Aras 3, Bangunan Toray-USM Knowledge Transfer Centre.

Berpegang kepada idea-idea persahabatan dan kerjasama, pusat ini bertujuan memperkenalkan budaya Jepun dalam kalangan masyarakat Malaysia secara lebih luas dan memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia bagi membolehkan mereka mendapat maklumat langsung mengenai budaya Jepun.

Hiroshi juga meluangkan masa melawat Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, USM bagi perkongsian maklumat berkaitan kerjasama dan penglibatan pelajar-pelajar Jepun yang mengikuti pengajian di Pusat Pengajian tersebut.

Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan USM, Profesor Dr. Salasiah Che Lah turut membentangkan maklumat berkaitan pelajar-pelajar Jepun di USM, pengajian dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian kepada mereka sepanjang berada di USM.

Yang turut hadir bersama pada sesi taklimat tersebut adalah Timbalan-Timbalan Dekan dan Guru-Guru Bahasa dari Pusat Pengajian tersebut.

Teks: Nurul Huda Abdullah/Foto: Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 848

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024