USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC BANGGA KOMITMEN PEGAWAI KADET PALAPES USM GIGIH JALANI LATIHAN

palapes10

USM PULAU PINANG, 24 September 2020 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Kol. (K) Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan baru-baru ini telah merasmikan Pembukaan Latihan Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Malaysia (USM), sidang akademik 2020/2021.

WhatsApp_Image_2020-10-01_at_08.52.44.jpeg

Pada ucapan perasmian, Naib Canselor berkata bahawa beliau amat kagum dan berbangga melihat kehadiran dan komitmen pasukan pegawai simpanan PALAPES USM bagi meletakkan badan beruniform ini pada tahap yang disasarkan.

Beliau turut mengharapkan komitmen yang ditunjukkan oleh semua peringkat di dalam PALAPES USM menjadi bukti bahawa mereka telah bersedia untuk menempuh dan menjalani latihan dengan jayanya.

palapes15

“Syabas saya ucapkan kepada saudara-saudari yang komited untuk terus mengikuti latihan yang ditetapkan oleh universiti dan mudah-mudahan anda berjaya meneruskan kursus dan latihan sehingga tamat dan ditauliahkan sebagai seorang Pegawai di dalam pasukan PALAPES kelak,” kata beliau.

WhatsApp_Image_2020-10-01_at_08.52.44_1.jpeg

Beliau turut menekankan pentingnya latihan kemahiran insaniah yang merupakan antara perkara yang wajib diberikan perhatian.

Ujarnya lagi, gabungan antara pendidikan di universiti dan disiplin pasukan tentera pula akan dapat menghasilkan produk HEBAT (Holistic, Entrepreneurial, Balanced, Articulate dan Thinking) untuk masa hadapan dan secara langsung memberikan kelebihan kepada pelajar untuk persediaan yang lebih baik memasuki alam pekerjaan.

palapes12

 palapes14

“Ingin juga saya mengingatkan anda semua supaya mengutamakan disiplin yang diibaratkan sebagai "satu bentuk seni yang hilang" kerana disiplin merupakan etika penting yang boleh dipraktikkan dan menjadi daya saing yang menjadi pilihan bakal majikan kelak.

“Saya percaya pengalaman yang bakal diperolehi kelak merupakan pengalaman yang tidak mungkin diperolehi dari mana-mana organisasi lain yang mana pengalaman tersebut akan membentuk nilai dan prinsip agar lebih matang, tabah dan berani menghadapi kehidupan, sekaligus menonjolkan sikap kepimpinan yang perlu ada dalam setiap mahasiswa,” tambah beliau lagi.

 palapes11

Yang turut hadir adalah Timbalan Komandan PALAPES USM, Leftenan Kolonel Ts. Dr. Shahrizal Nazri; Ketua Jurulatih PALAPES USM, Mejar Noor Yahya Sulaiman; para pegawai sukarela dan tetap serta jurulatih-jurulatih.

Teks: Zamzami Rasidi/Suntingan: Mohd Azrul Mohd Azhar/Foto: Mohd Fairus Md Isa  

  • Created on .
  • Hits: 1617

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024