USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PPSL SEDIA MEMBANTU SISWA-SISWI BAHARU

USM PULAU PINANG, 21 September 2020 - Pembantu Pelajar Siswa Lestari (PPSL) bersedia menyambut dan membantu pelajar baharu Universiti Sains Malaysia (USM) yang akan mendaftar diri pada 2, 3 dan 4 Oktober ini.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM yang juga Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri, seperti mana tahun-tahun lalu, PPSL dilatih dan mengikuti kem khas untuk melaksanakan tugas secara sukarela membantu siswa-siswi baharu USM.

WhatsApp_Image_2020-09-21_at_22.54.58_4.jpeg

"Sambutlah mereka dengan senyuman dan layanlah seperti adik-adik sendiri manakala ibu bapa mereka seperti ibu bapa kita sendiri," katanya di Majlis Makan Malam meraikan 301 siswa-siswi PPSL yang telah tamat kem di Balik Pulau pada 18-20 September lalu.

WhatsApp_Image_2020-09-27_at_23.25.16.jpeg

"PPSL kali ini menggunakan modul yang berbeza dengan menekankan kepada pemahaman PPSL kepada tugas pelbagai jabatan USM untuk siswa-siswi berurusan dan yang paling penting buat pertama kalinya program ini dirancang, diurus dan dilaksanakan sendiri oleh Majlis Perwakilan Pelajar USM.

"Kami amat menghargai kepercayaan (trust) dan pemberdayaan (empowerment) yang diberi oleh Universiti," kata Mohd Amir Asyraf ketika berucap kepada PPSL yang hadir, di sini.

Yang hadir sama di Majlis Makan Malam PPSL tersebut ialah Naib Canselor Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Aldrin Abdullah; Ombudsman Profesor Dato' Seri Dr. Md. Salleh Yaapar; dan Pengarah Perniagaan YTL Foundation, Shahilrul Amran.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 779

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024