USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENGARAH BAHAGIAN MAHASISWA HOLISTIK KPT TUTUP KEM PPSL

BALIK PULAU, PULAU PINANG, 20 September 2020 - Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Dr. Mohd Suzeren Bin Md Jamil menutup secara rasmi Kem Program Pembantu Pelajar Siswa Lestari (PPSL) Universiti Sains Malaysia (USM) di White Resort di sini hari ini.

foto_1.jpg

Beliau turut melapangkan masa bertemu seramai lebih 200 orang pelajar PPSL dan fasilitator yang terdiri dari para pegawai USM.

Kem PPSL berlangsung bermula 18 September 2020 dengan mematuhi semua SOP Covid-19.

Pada tahun ini program PPSL dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM dengan bantuan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA).

Beliau menyambut baik usaha pemberdayaan mahasiswa dalam melaksanakan aktiviti universiti untuk memberi peluang kepada para mahasiswa mencari pengalaman dan melaksanakan aktiviti yang dapat memberi mereka pendedahan terhadap kepimpinan dan kreativiti dalam melaksanakan tugas.

“Kementerian Pengajian Tinggi sememangnya menyokong usaha pemberdayaan mahasiswa yang tentu sekali memberi faedah besar kepada mereka,” kata Mohd Suzeren.

foto_2.jpg

Pengarah Projek PPSL, Syed Mohd Aidil Adha Syed Mohd Zain dalam ucapannya merakamkan penghargaan atas kepercayaan Universiti terhadap keupayaan mahasiswa.

“Kami menyambut baik dan sangat menghargai kepercayaan terutamanya yang diberi oleh Timbalan Naib Canselor HEPA yang membolehkan kami menerokai kemampuan dan kebolehan dalam melaksanakan aktiviti dan program besar seperti ini,” kata Syed Mohd Aidil Adha.

PPSL sebelum ini dilaksanakan dan diuruskan sepenuhnya oleh pegawai BHEPA dengan bantuan pelajar.

Seramai lebih 300 orang siswa-siswi dilatih untuk menyambut dan membantu sepenuhnya proses kemasukan pelajar baharu dan menjadi mentor kepada semua pelajar baharu yang dijadualkan akan mendaftar diri bagi mengikuti Sidang Akademik 2020/2021 pada 2 - 4 Oktober 2020.

Yang hadir di majlis ini ialah Timbalan Naib Canselor HEPA, Profesor Dr. Aldrin Abdullah; Pendaftar USM, Dr. Musa Ali; Pengerusi Majlis Penggawa, Prof. Madya Dr. Nazarudin Zainun; Yang Dipertua MPP USM,Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri serta para penggawa desasiswa.  

Terima kasih Dr. Mohd Suzeren kerana sudi melapangkan masa bertemu pelajar USM.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1044

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024