USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BERSAMA-SAMA BERUSAHA UNTUK KEGEMILANGAN UNIVERSITI

USM PULAU PINANG, 21 September 2020 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan menyeru semua pihak untuk tidak mudah berpuas hati dengan apa yang dicapai selama ini.

WhatsApp_Image_2020-09-21_at_22.54.58_3.jpeg

"Kita mesti berusaha lebih keras bersama-sama dalam memastikan kecemerlangan dan kegemilangan universiti dalam jangka panjang terutamanya untuk memberi yang terbaik kepada semua siswa-siswinya," kata Faisal Rafiq ketika berucap kepada 301 orang Pembantu Pelajar Siswa Lestari (PPSL) di sini.

WhatsApp_Image_2020-09-21_at_22.54.58_4.jpeg

Tegasnya, kita perlu memastikan semua pihak dalam kalangan warga USM melakukan sebaik mungkin untuk memastikan siswa-siswi USM diterima dalam pasaran kerja dan menjadi yang terbaik.

Beliau turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua PPSL sebagai duta universiti dalam menyambut siswa-siswi baharu dan ibu bapa nanti.

Yang hadir sama di Majlis Makan Malam PPSL tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pemangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Aldrin Abdullah; Ombudsman Profesor Dato' Seri Dr. Md. Salleh Yaapar; Pengarah Perniagaan YTL Foundation, Shahirul Amran dan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri.

Teks: Mohamad Abdullah (Timbalan Pendaftar Kanan BHEPA, USM)/Foto: Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 510

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024