YTL FOUNDATION SUMBANG KAD SIM YES4G PERCUMA KEPADA PELAJAR BAHARU USM
PULAU PINANG, 21 September 2020 – YTL Foundation dan YTL Communications mengumumkan untuk memberi Kad Sim Yes4G percuma bersama 40GB kepada pelajar-pelajar baharu Universiti Sains Malaysia (USM) semasa kemasukan mulai 2 Oktober 2020 ini.
Pengarah Perniagaannya, Shahirul Amran membuat pengumuman tersebut di hadapan lebih 300 orang Pembantu Pelajar Siswa Lestari (PPSL) yang akan membantu dalam proses kemasukan pelajar baharu USM dalam majlis makan malam yang diadakan di sini.
“Kami juga akan menyumbangkan telefon bimbit kepada semua PPSL sebagai duta kami dalam menunjukkan kesungguhan YTL menyokong pembelajaran dalam talian untuk pelajar-pelajar USM,” katanya dalam majlis yang turut dihadiri oleh Naib Canselor USM Professor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni) Profesor Dr. Aldrin Abdullah; Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri serta pegawai-pegawai utama USM yang lain.
Menurut Shahirul, ini adalah sebahagian daripada usaha YTL melalui program Learn from Home dengan menyediakan pakej yang murah untuk kemudahan para pelajar universiti awam dengan lebih 8,000 orang pelajar USM telah menikmati program ini yang akan diteruskan sehingga 31 Disember 2020 dengan opsyen pakej 'top up' serendah RM20.00 untuk 20GB.
Teks: Mohamad Abdullah (Timbalan Pendaftar Kanan BHEPA, USM)/Foto: Ebrahim Abdul Manan
- Created on .
- Hits: 864