USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM DAN UiTM KUKUH PERSAHABATAN HAL EHWAL PELAJAR

119141421 10223003937071265 4219262270344159968 n

USM PULAU PINANG, 13 September 2020 - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Profesor Dr. Azizan Abdullah baru-baru ini telah mengunjungi Universiti Sains Malaysia (USM) untuk bertemu dan berbincang dengan Kelab PEMADAM (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia).

PEMADAM adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah akibat penggunaan dadah, untuk memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah dan juga untuk mendapat kerjasama orang ramai dalam usaha membasmi dadah.

Terdahulu Azizan yang juga Ketua Biro Pendidikan Pencegahan Dadah IPT dan penasihat Kelab PEMADAM telah menemui Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA) USM, Profesor Dr. Aldrin Abdullah.

119011426 10223003937391273 4757642851060160408 n

Perbincangan yang diadakan berfokus kepada usaha berkaitan pengukuhan hubungan antara kedua-dua pihak dan juga pembangunan mahasiswa UiTM dan USM serta keterlibatan kerjasama antara Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) kedua-dua buah universiti.

Selain di USM, Azizan juga mempunyai program di zon utara iaitu sesi beramah mesra bersama-sama dengan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Zon Utara (Perak, Kedah, dan Perlis).

Turut hadir ialah Timbalan Pendaftar Kanan BHEPA USM, Mohamad Abdullah dan beberapa pegawai kanan BHEPA.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Mohamad Abdullah 

  • Created on .
  • Hits: 1018

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024