USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM METERAI MoA BERSAMA AIU, FOKUS KEPADA PENYELIDIKAN MEMPERKASA EKONOMI GOLONGAN TERKEBAWAH

bukhari1

PULAU PINANG, 6 September 2020 – Universiti Sains Malaysia (USM) memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) bagi memacu penyelidikan dalam bidang keusahawanan sosial terutama yang berkaitan dengan pembasmian kemiskinan dalam kalangan masyarakat terkebawah. 

bukhari2

Dua buah pusat tanggungjawab USM terpilih menerima geran bagi bersama-sama AIU membangunkan inisiatif berkenaan iaitu Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) serta Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ). 

Pensyarah PPPJJ, Dr. Zarina Md Norberkata, pihaknya menerima sejumlah RM74,000 bagi membiayai projek penyelidikan bertajuk Developing Sustainable Livelihood Programmes for B20 Single Parent Households in Baling, Kedah selama dua tahun bermula 1 Mac 2020. 

Tambah beliau, geran ini adalah sebahagian daripada projek di bawah Yunus Centre, AIU yang melibatkan kerjasama antara USM, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk membantu menaikkan taraf hidup golongan B20 di Baling Kedah. 

bukhari3

“Geran yang kami terima adalah khusus untuk membangunkan, menyelia dan menilai program punca rezeki yg mempunyai kelangsungan (sustainable livelihood programs) dalam kalangan isi rumah ibu dan bapa tunggal dalam golongan B20 di Baling Kedah.

“Penyelidik bersama untuk geran ini adalah Dr. Zainil Hanim Saidin dan Dr. Rafisah Mat Radzi, kesemuanya dari PPPJJ,” katanya ketika ditemubual di sini baru-baru ini. 

bukhari5

Dalam pada itu, CenPRIS pula turut menerima dana sebanyak RM81,100 bagi membangunkan kajian bertajuk "Instituting Household Transformation Plan (HTP) with Creditable Tangible Key Transformation Indicators (KTiS) for Communities at the Bottom of Malaysia's Wealth." 

Selain USM, MoA berkenaan turut melibatkan rakan universiti awam yang lain termasuk UUM dan USIM serta satu memorandum persefahaman (MoU) bersama badan bukan kerajaan (NGO), Yunus Thailand. 

Naib Canselor AIU, Dato’ Dr. Abd. Aziz Tajuddin berkata, kerjasama strategik itu akan meningkatkan pembangunan yang relevan dalam bidang berkaitan sekaligus dipraktikkan dalam pengajian Keusahawanan Sosial di universiti berkenaan. 

bukhari6

bukhari4

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed hadir menandatangan dokumen berkenaan bagi pihak USM.

Turut hadir ialah Pengarah CenPRIS, Profesor Madya Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk; Timbalan Pendaftar PPPJJ, Mukhwim Maghribi (wakil Dekan) serta pegawai-pegawai utama dari UA yang terlibat. 

Teks: Marziana Mohamed Alias

  • Created on .
  • Hits: 625

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024