USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI KPT

kpt2

USM PULAU PINANG, 8 September 2020 - Naib Canselor USM, Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Bahagian Hubungan Antarabangsa (BHA) dan Bahagian Kewangan Dan Akaun (BKEW), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di pejabatnya.

Delegasi terdiri daripada Setiausaha Bahagian, Bahagian Hubungan Antarabangsa, Datin Noorazah Binti Omar; Ketua Penolong Setiausaha Kanan (Seksyen Kewangan dan Hasil), Bahagian Kewangan dan Akaun, Ezdwan Razak Bin Zainal Abidin; dan Ketua Penolong Setiausaha (Unit Antarabangsa 3), Bahagian Hubungan Antarabangsa, Julianazren Binti Jafar.

Beberapa perkara telah dibincangkan antara kedua-dua pihak dalam sesi ringkas ini berhubung dengan pembangunan pendidikan tinggi negara dan juga kerjasama yang dapat direncanakan pada masa hadapan.

Kunjungan ini sebahagian daripada rangka lawatan delegasi ini selain daripada membuat lawatan ke atas Commonwealth Tertiary Education Facility (CTEF), Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) di Sains@USM untuk membincangkan hal ehwal pentadbiran, kewangan dan hala tuju CTEF.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Mohd Rashid Abdul Rejab

  • Created on .
  • Hits: 1342

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024