USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TYT NEGERI MELAKA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI USM

AYER KEROH, 1 September 2020 – Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam yang juga merupakan alumni Universiti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan hormat daripada delegasi USM di Pejabat Tuan Yang Terutama Negeri Melaka, hari ini.

WhatsApp_Image_2020-09-01_at_13.07.05.jpegDelegasi USM diketuai oleh Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti (LGU) yang baharu dilantik, Dato’ Dr. Awang Adek Hussin; Naib Canselor, Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan dan Pendaftar Dr. Musa Ali.

Pada sesi tersebut, selain Tun diperkenalkan kepada Pengerusi LGU yang baharu dilantik dan Naib Canselor, pelbagai perkara lain telah dibincangkan berkenaan dengan kerjasama di antara negeri Melaka dan USM.

Tun merupakan Yang di-Pertua Negeri Melaka yang Ketujuh setelah mengambil alih jawatan ini daripada Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Yaakob yang telah berkhidmat selama 16 tahun sejak 2004 dan paling manis Tun juga adalah alumni USM tahun 1984 (kepujian) dalam bidang pengajian Sains Kemasyarakatan.

WhatsApp_Image_2020-09-01_at_13.07.05_1.jpeg

Di akhir sesi kunjungan itu, pihak USM telah mengadakan acara memotong kek sebagai ucapan hari jadi baru-baru ini dan tahniah atas pelantikan Tun sebagai TYT Negeri Melaka.

WhatsApp_Image_2020-09-02_at_06.50.45.jpeg

Seluruh warga USM turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tun di atas pelantikan sebagai TYT Negeri Melaka berkuatkuasa pada 4 Jun 2020 dan memohon kehadrat Allah SWT agar Tun sentiasa berada dalam rahmat kesihatan dan kesejahteraan.


WhatsApp_Image_2020-09-01_at_13.07.05_2.jpeg

Teks: Hafiz Meah Bin Ghouse Meah/Foto: Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 876

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024