SISWA-SISWI KEMBALI KE KAMPUS DARI ZON MERAH PERLU LAPOR DIRI
PULAU PINANG, 30 Julai 2020 – Siswa-siswi Universiti Sains Malaysia (USM) yang telah bercuti di Zon merah dan kembali ke kampus diwajibkan melaporkan diri di Pusat Sejahtera Kampus Induk, Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni di Kampus Kesihatan Kelantan untuk proses saringan kesihatan dan kuarantin.
Menurut Pengarah Pusat Sejahtera USM, Dr. Normala Abdul Wahid, hal ini adalah berikutan peningkatan semula kes COVID-19 sejak kebelakangan ini, didapati terdapat perubahan warna Zon taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia.
“Siswa-siswi dan juga staf diharap peka terhadap perubahan warna Zon taburan kes COVID-19 yang boleh berubah dengan pengesanan kes aktif COVID-19 dari masa ke semasa.
"Oleh itu, warga USM tidak digalakkan bercuti di daerah Zon Merah,” kata Normala.
Tambahnya lagi, bagi staf yang kembali ke rumah setelah bercuti di daerah Zon Merah, perlulah kuarantin diri selama 14 hari dan memaklumkan ketua jabatan untuk membolehkannya bekerja dari rumah.
- Created on .
- Hits: 1199