USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DATUK DR. HAFSAH HASHIM DILANTIK PENGERUSI USAINS HOLDING SDN. BHD.

PULAU PINANG, 18 Julai 2020 – Datuk Dr. Hafsah Hashim dilantik sebagai Pengerusi USAINS Holding Sdn. Bhd. yang baharu untuk tempoh tiga (3) tahun berkuatkuasa pada 15 Julai 2020 hingga 14 Julai 2023.

Pelantikan tersebut diumumkan dalam surat pelantikan oleh Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti (LGU) Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

WhatsApp_Image_2020-07-17_at_16.08.52.jpeg

“Dengan pengalaman luas dan kepakaran merentasi kementerian dan industri serta berkewibawaan tinggi, pihak Universiti yakin Hafsah mampu menyumbang tenaga dan idea membawa USAINS Holding ke tahap yang lebih cemerlang,” kata Pengerusi LGU USM.

Hafsah juga Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas Pharmaniaga Bhd., dan pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Bhd, ahli Lembaga Pengarah Johor Corporation, Zurich Takaful Malaysia Bhd, Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia (GreenTech Malaysia) dan Sirim Bhd.

Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dari USM dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Aston University, United Kingdom, selain graduan dari Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban.

USAINS Holding Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 17 Disember 1998 oleh USM, merupakan sayap perniagaan/korporat USM yang membantu universiti membangunkan perniagaan yang berpotensi menjanakan pendapatan kepada universiti menggunakan tenaga kepakaran dan aset yang sedia ada di Universiti, demi menghadapi cabaran pengurangan dana kerajaan pada masa sekarang dan hadapan.

Teks: Tan Ewe Hoe/Infografik: Ebrahim Abdul Manan 

  • Created on .
  • Hits: 1549

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024