USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR TINJAU PUSAT TRAUMA DAN KECEMASAN

usmkela1

Kubang Kerian, 26 Mac, - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Omar Osman membuat tinjauan perkembangan pembinaan Pusat Trauma dan Kecemasan Hospital USM yang dijangka siap pada bulan Mei ini.

Pembinaan bangunan dengan kos RM95.5 juta itu bermula pada Oktober 2010. Apabila siap sepenuhnya nanti, pusat ini dijangka dapat meningkatkan kemudahan perubatan kepada penduduk sekitar dengan peralatan yang lebih lengkap.

Naib Canselor juga mengadakan kunjungan ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan menemui Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Raduan Haji Che’ Rose dan Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Pelajar & Alumni) Prof. Madya Abdul Aziz Ab. Latif.

usmkela2

Dalam perjumpaan yang diadakan, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama terutamanya dalam bidang pembangunan perniagaan dan keusahawanan.

Pada sebelah petangnya, sebelum menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hospital USM, Pengarah Hospital USM, Dato’ Dr. Zaidun Kamari menyampaikan sumbangan dari warga Hospital USM dan Kampus Kesihatan sebanyak RM8,188 untuk Tabung Pendidikan Palestin. Kutipan dibuat sejak Januari lalu.

Turut hadir ialah Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dato’ Mafauzy Mohamad dan pegawai-pegawai kanan Hospital USM dan Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Ahmad Zakaria serta warga Hospital USM. - Teks/Foto: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 2426

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024