USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BIMB KUNJUNG HORMAT KE ATAS NAIB CANSELOR, SERAH ZAKAT RM15,000 KEPADA USM

USM PULAU PINANG, 28 Julai 2020 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan menerima kunjungan hormat rombongan daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di Pejabat Naib Canselor di sini tengah hari ini.

WhatsApp_Image_2020-07-28_at_12.54.13.jpeg

Pengurus Besar Perhubungan Strategik BIMB, Ustaz Hj. Nazri Chik, yang mengetuai rombongan BIMB, telah menyerahkan pengagihan zakat BIMB sebanyak RM15,000 kepada USM, yang diterima oleh Naib Canselor.

Turut serta dalam kunjungan itu ialah Pengurus Wilayah, Ahmad Fauzi Mohd. Akhir; Pengurus Deposit Negeri, Abdul Ghani Abd. Wahab; Pengurus Pengguna Negeri, Khirilanuar Zakaria dan Pengurus Simpanan dan Tunai, Farah Ashiqin Zakaria.

bank_islam.jpg

Bendahari USM yang baharu dilantik, Kamarul Ariffin Ngah, hadir bersama dalam pertemuan tersebut.

Teks: Zamzami Rasidi/Foto: Ebrahim Abdul Manan 

  • Created on .
  • Hits: 901

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024