USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PEMBANGUNAN LESTARI KAMPUS KEJURUTERAAN, HASRAT PENGERUSI LGU

NIBONG TEBAL, 13 Julai 2020 – Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM), Dato’ Dr. Awang Adek Hussin berhasrat untuk melihat Kampus Kejuruteraan USM lebih membangun pada masa akan datang sambil mengekalkan konsep hijaunya selama ini.

DSC_0408.jpg

Awang menyatakan perkara yang tersebut dalam lawatan kali pertama beliau ke kampus ini sejak mula menyandang jawatan itu pada 8 Jun 2020.

Beliau meluangkan masa selama setengah hari sambil mendengar taklimat dan bertukar-tukar pendapat dengan Ketua-ketua Jabatan akan perkara berkaitan kampus yang diketuai oleh Pengarahnya, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria.

Pemegang ijazah pertama dari Drew University, New Jersey, Amerika Syarikat itu turut menyatakan bahawa beliau ingin melihat lebih ramai pelajar antarabangsa menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan di USM.

Menurut beliau, perkara ini perlu dilaksanakan memandangkan Kampus ini terkenal dengan kepakarannya yang tinggi di samping mempunyai beberapa Pusat-pusat Kecemerlangan (Centres of Excellence, CoE) yang boleh dimanfaatkan dalam menarik minat pelajar-pelajar dari luar.

kejut.jpg

Selain itu, Awang turut menambah bahawa pertambahan pelajar dan pembangunan ini secara langsung akan menaikkan lagi imej USM di dalam dan luar negara pada masa akan datang.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman.

  • Created on .
  • Hits: 799

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024