USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BANTUAN DIHULUR RINGANKAN BEBAN

c

BERTAM, 18 Mac 2013– Atas dasar prihatin dengan nasib malang yang menimpa warga Universiti Sains Malaysia (USM) yang kehilangan upaya akibat kemalangan, pihak Universiti telah menyumbangkan sebuah kerusi roda untuk kegunaan beliau.

Pendaftar USM, Siti Zubaidah A. Hamid sempat meluangkan masa melawat kakitangan berkenaan, Azhari Ali, Juruteknik USM yang kini masih dirawat di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju USM setelah terlibat dalam kemalangan jalanraya penghujung tahun lalu.

Azhari hilang kedua-dua belah kakinya dalam kemalangan ngeri tersebut dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk memudahkan pergerakannya.

Pendaftar USM juga telah memberikan kata-kata semangat kepada beliau supaya tabah dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada rawatan agar cepat sembuh dan pulih sepenuhnya.

d

Tambahnya, kerusi roda tersebut adalah sumbangan ikhlas dari seluruh warga kampus dan dilihat sebagai salah satu inisiatif kemanusiaan yang menggambarkan kepekaan warga kampus dalam menambah baik kebajikan warganya.

``Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban beliau, sekaligus memberi dorongan untuknya terus mengharungi kehidupan seperti biasa,’’ ujar beliau dalam lawatannya yang turut disertai Pengarah IPPT, Prof. Abd. Aziz Tajuddin.

e

Terdahulu, mereka turut mengadakan ziarah bagi melihat perkembangan Mantan Pustakawan,  Puan Sri Datin Masrah Abidin, yang sedang menjalani rawatan ortopedik di wad yang sama. 

  • Created on .
  • Hits: 2577

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024