USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELUANG PENGAJIAN KEPADA FRONTLINERS

USM PULAU PINANG, 24 Jun 2020 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) menyediakan peluang untuk menyambung pengajian dalam pelbagai bidang kepada semua barisan hadapan (frontliners) di negara ini.

Menurut Dekan PPPJJ, Profesor Madya Dr. Ku ‘Azam Tuan Lonik, peluang ini dibuka sepenuhnya kepada frontliners yang berkelayakan serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tanpa perlu untuk berhenti bertugas.

“Program RPJJ sememangnya telah menjadi pilihan utama para frontliners sejak diwujudkan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan serta membuka peluang untuk kenaikan pangkat.

RPJJ-FB.jpg

“Pengajian secara jarak jauh dan dalam talian membolehkan pelajar untuk belajar tanpa perlu ke universiti dan sangat bersesuaian untuk para pekerja untuk belajar secara sambilan,” tambah Ku ‘Azam.

Namun begitu, peluang kepada individu lain selain frontliners juga masih dibuka dan berpeluang untuk mengikuti pengajian di USM.

Untuk rekod, program pengajian jarak jauh dimulakan di USM pada tahun 1971 dan yang terulung serta tertua di Malaysia serta menawarkan pengajian peringkat universiti secara jarak jauh.

Rancangan pengajian yang ditawarkan oleh USM melalui PPPJJ ialah:

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan: Pengkhususan utama ialah bidang Kewangan, Organisasi atau Pemasaran.

Ijazah Sarjana Muda Sains: Pengkhususan utama ialah bidang Biologi, Kimia, Fizik atau Matematik. Mulai Sidang Akademik 2006/2007, pengajaran dan pembelajaran bagi kursus-kursus Sains dan Matematik dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.

Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan: Pengkhususan utama ialah bidang Ekonomi, Sains Politik atau Antropologi-Sosiologi.

Ijazah Sarjana Muda Sastera: Pengkhususan utama ialah bidang Sejarah, Kesusasteraan atau Geografi.

Di samping itu, para pelajar boleh memilih bidang minor untuk pengajian dalam bidang-bidang lain yang ditawarkan.

Sehubungan itu, USM menyeru untuk semua individu yang ingin mempertingkatkan diri bagi merebut peluang ini serta membuat pilihan yang tepat.

Untuk maklumat lanjut serta syarat kemasukan, sila layari https://pohon.usm.my/t_ppjj.php .

Teks: Nor Rafizah Haji Md Zain

  • Created on .
  • Hits: 1739

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024