COVID-19: USM TANGGUH UPACARA KONVOKESYEN KE-58
USM PULAU PINANG, 3 Jun 2020 – Upacara Konvokesyen ke-58 Universiti Sains Malaysia (USM) yang dijadual berlangsung pada 13 - 18 Oktober 2020 telah ditangguhkan ke tarikh baharu yang akan dimaklumkan kemudian berikutan penularan wabak pandemik COVID-19.
Pengumuman itu dikeluarkan semalam oleh Pendaftar USM, Dr. Musa Ali kepada warga kampus USM sebagai tindakan pencegahan proaktif demi kesihatan dan keselamatan seluruh warga universiti dan masyarakat umum.
Pada masa yang sama, pihak Pengurusan Tinggi universiti turut menzahirkan penghargaan terhadap kefahaman, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak dalam penangguhan upacara konvokesyen itu.
Marilah kita sama-sama berdoa dan mengharapkan wabak ini dapat ditangani segera dan keadaan akan kembali pulih, dan kita semua bersedia menyesuaikan diri dengan amalan norma baharu dalam kehidupan harian kita.
- Created on .
- Hits: 1713