PPSF DAN ALUMNI SUMBANG HAND SANITIZER KEPADA KMPP

PULAU PINANG, 2 Jun 2020 - Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF) bekerjasama dengan Solid Chemical Enterprise (SCE) mengagihkan sumbangan hand sanitizer kepada warga Kolej Matrikulasi Pulau Pinang berjumlah 80 liter di sini baru-baru ini.

SCE adalah kepunyaan alumni PPSF (graduan 1997), Bharati Suresh Chand dan beliau menyifatkan sumbangan berkenaan sebagai salah satu tanggungjawab sosial yang amat signifikan dalam perjuangan komuniti melawan pandemik Covid-19.

Dekan PPSF, Profesor Dr. Habibah A Wahab bersama-sama Bharati yang mewakili SCE menyerahkan sumbangan berkenaan kepada Pengarah KMPP, Rozaini Ahmad dalam satu pertemuan ringkas di USM baru-baru ini.

WhatsApp_Image_2020-06-03_at_13.41.41.jpg

Dalam pada itu, Rozaini turut menzahirkan penghargaan kepada USM dan SCE atas kesudian menaja hand sanitizer berkenaan yang menjadi antara keperluan untuk mendidik masyarakat mengamalkan norma baharu dalam urusan harian.

Kolaborasi baik seumpama ini katanya, harus dijadikan contoh terbaik dan beliau teruja untuk berkongsi manfaat ini bersama-sama semua pihak termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Dengan adanya sumbangan hand sanitizer ini, KMPP menjadi kolej matrikulasi yang terkehadapan dalam persediaan menyambut kemasukan pelajar baru seramai 2,500 orang yang dijangkakan pada bulan Julai/Ogos nanti.

“Penerimaan sumbangan ini turut akan menguatkan jalinan kerjasama yang telah terbina antara KMPP dengan USM, khasnya PPSF dan kerjasama dengan industri juga akan dapat dibina dengan SCE,” katanya.

Dalam pada itu, Habibah pula menyifatkan kolaborasi seumpama itu dapat menjayakan program ‘alumni engagement’ dan ‘industry engagement’ selain menyediakan satu peluang untuk menyumbang balik kepada masyarakat.

“Semangat #kitajagakita yang utuh menjadi pendorong kepada usaha dan inisiatif PPSF untuk menyumbang berdasarkan keperluan masyarakat. Selain itu, diharap program ini menjadi penggalak kepada lebih banyak program alumni bersama pusat pengajian pada masa akan datang,” katanya.

WhatsApp_Image_2020-06-03_at_13.42.50.jpeg

Teks & Foto: Dr. Amirah Mohd Gazzali (PPSF)/Suntingan: Marziana Mohamed Alias

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre
Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia
Client Feedback / Comments
| USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015