USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HIGH SCHOOL ATTACK: USM BAWA PELAJAR KENALI WARISAN LENGGONG

lenggong

LENGGONG, 21 Mac 2013 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus menggiatkan aktiviti komuniti apabila 24 orang pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Komunikasi USM telah menjalankan siri penjelajahan mempromosi Tapak Warisan Lenggong di sekolah menengah terpilih sekitar Lenggong.

Siri penjelajahan yang diberi nama High School Attack merupakan projek tahun akhir pelajar tersebut dalam membantu mempromosikan Warisan Lenggong kepada generasi muda.

Lum Wai Quan, Pengarah Kempen Warisan Lenggong 2013, berkata siri penjelajahan ini antara lainnya bertujuan menarik perhatian dan menimbulkan kesedaran pelajar sekolah menengah tentang Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia.

Ujar beliau, langkah promosi kempen ini terbahagi kepada beberapa aktiviti untuk pelajar iaitu flash mob’ dan ‘thumb pledge’ termasuk pertandingan fotografi, pertandingan buku skrap dan Explorace ‘Jejak Warisan Lenggong’.

“Kami sebagai mahasiswa USM ingin melihat dan memberi peluang pelajar sekolah untuk menonjolkan bakat sekaligus memberikan maklumat jelas berkaitan Lenggong agar mereka faham tentang warisan tersebut”

Dua buah sekolah menengah di sekitar Lenggong iaitu SMK Sultan Azlan Shah dan SMK Dato’ Ahmad telah dipilih untuk kempen tersebut yang berlangsung pada 19 dan 20 Mac lalu.

Untuk keterangan lanjut berkenaan kempen ini, sila hubungi Nurul Syazwannie  binti Mohamad Saad di talian 019-4283334 atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

 

  • Created on .
  • Hits: 2579

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024