USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

LOUNGE PELAJAR – HADIAH DARIPADA ICAEW KEPADA PPP USM

usmmanage

Pulau Pinang, 15 Mac 2013 – Pusat Pengajian Pengurusan (PPP) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini melancarkan Lounge Pelajarnya yang baru diubahsuai yang ditaja sepenuhnya oleh Institut of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW).

Pelancaran lounge tersebut yang menelan kos ubahsuai lebih RM100,000 telah disempurnakan oleh Encik Michael Izza, Ketua Pegawai Eksekutif ICAEW.

Dr Amirul Shah Md Shahbudin, pensyarah PPP menegaskan bahawa lounge tersebut akan digunakan untuk tutorial, perbincangan pelajar, dan juga sebagai pusat sumber perakaunan.

Terdahulu sebelum majlis pelancaran, Prof Fauziah Md Taib, Dekan PPP, berkata dalam ucapan pembukaannya "PPP memeterai Memoradum Perjanjian dengan firma perakaunan KPMG dan Sunway-TES dua tahun lalu untuk menyediakan laluan ICAEW kepada graduan perakaunan Ijazah Sarjana Muda USM mengikuti program Chartered Accountancy (ACA).”

“Program tersebut adalah "yang pertama seumpamanya di universiti awam" dan beliau mengharapkan kerjasama antara USM dengan ICAEW ini dapat terus dijalin,” kata Fauziah.

Tambah beliau lagi, walaupun begitu, PPP mengehadkan pengambilan pelajar untuk program ini kepada seratus orang sahaja kerana tidak mahu menghasilkan terlalu ramai pelajar berkualiti sederhana tetapi sebaliknya menekankan kepada penghasilan pelajar yang cemerlang, mempunyai integriti tinggi dan nilai-nilai yang baik serta dapat memenuhi keperluan semasa industri.

"Selain itu pelajar di PPP digalak untuk memperluas skop mereka di samping mengintegrasi nilai kelestarian, dan ini dapat dilihat dalam kurikulum perakaunan yang kini beralih dari perakaunan berasaskan peranan kepada perakaunan berasaskan prinsip," kata Fauziah.

Sementara itu, Encik Izza turut menegaskan bahawa ICAEW sentiasa menekankan nilai kelestarian dan ICAEW gembira bahawa pelajar dilatih untuk berdikari dan membimbing diri sendiri.

Turut hadir ialah Pengarah Serantau ICAEW Asia Tenggara, En. Mark Billington; Pengarah Eksekutif Sunway College, Encik Teo Ee Seng; En. Adrian Lee dari KPMG; dan Ketua ICAEW di Malaysia, Cik Loh Wei Yuan, serta pensyarah dari PPP Dr. Adeline Lau Hooi Ping dan Dr. Chee Hong Kok. - Teks: Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal / Foto: Yong Check Yoon / Terjemahan: Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 2191

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024