USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PATUHI PROSEDUR USM UNTUK PROSES PENGHANTARAN BALIK KAMPUNG SECARA BERPERINGKAT

Pengumuman oleh kerajaan baru-baru ini menyatakan bahawa pelajar-pelajar IPT yang berada di dalam kampus dan yang menyewa di luar kampus akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bermula 27 ApriI 2020 secara berperingkat. 

balik.jpg 

USM sedang merancang agar proses ini berjalan dengan lancar. 

Beberapa makluman awal berikut penting sebagai persediaan yang perlu dilakukan oleh para pelajar untuk pulang ke kampung halaman:

1. Pelajar perlu mengosongkan bilik masing-masing sebelum dibenarkan pulang. Stor desasiswa akan dibuka untuk pelajar menyimpan barang.

2. Pelajar perlu memuat turun dan mengisi perincian termasuklah alamat lengkap destinasi di dalam aplikasi MySejahtera dan juga melayari laman https://iptpulang.malaysia.gov.my serta mengikuti arahan yang tertera dan mengisi maklumat anda dalam borang ini.

3. Pelajar perlu memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga masing-masing berkenaan anda akan pulang setelah jadual dikeluarkan oleh universiti supaya ibubapa sedia maklum.

4. Pelajar PETAS yang ingin pulang menggunakan kenderaan USM perlu melapor diri kepada pihak universiti dan wajib menjalani kuarantin selama 14 hari di dalam kampus sebelum dibenarkan pulang. Sila daftar di Nerve Centre segera. Alternatifnya, pelajar boleh juga pulang melalui saluran awam melalui aplikasi Gerak Malaysia. 

5. Pelajar yang terlibat akan menjalani saringan gejala sebelum menaiki bas dan dibekalkan makanan.

6. Setiap pelajar juga akan dibekalkan dengan hand sanitizer dan topeng muka yang wajib dipakai sepanjang perjalanan pulang.

7. Pergerakan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dengan hanya melibatkan perjalanan ke zon hijau sahaja. 

8. Pelajar tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman yang berada dalam zon kuning dan merah. Walau bagaimanapun, pelajar boleh pulang ke rumah saudara terdekat yang berada dalam zon hijau. Pelajar perlu mendapatkan surat persetujuan daripada ibu bapa atau saudara yang berkenaan dan merujuk kepada pihak universiti.

9. Pelajar dari kampus akan terus dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) masing-masing sebelum dihantar pulang ke rumah oleh agensi penguatkuasa.  

10. Perjalanan telah ditetapkan bermula jam 9 malam hingga 9 pagi bertujuan mengelakkan kesesakan teruk pada waktu siang.

11. Ibu bapa yang tinggal lingkungan jarak 5 km dibenarkan untuk menjemput anak di IPD masing-masing.

12. Pelajar juga dibenarkan pulang dengan membawa kenderaan sendiri tetapi tidak boleh merentasi negeri dan hanya seorang sahaja dalam kereta serta perlu mendapatkan surat kebenaran dari pihak universiti. 

Dengan makluman awal ini diharapkan pelajar dapat membuat persediaan awal yang lengkap untuk memastikan semua urusan berjalan dengan lancar. 

Pelajar Sabah dan Sarawak yang ingin pulang ke negeri masing-masing akan dimaklumkan berkenaan pembelian tiket dan jadual perjalanan oleh pihak urusetia Nerve Centre. 

USM juga ingin nasihatkan supaya semua pelajar membuat pertimbangan yang baik sama ada memilih untuk pulang ke kampung halaman atau kekal berada di kampus.

Hal ini kerana mungkin ada pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman atau luar bandar yang tidak mempunyai capaian internet yang baik. Komunikasi atau pembelajaran secara atas talian pasti akan menjadi cabaran buat mereka. 

Pelajar yang mungkin ada berlaku masalah di rumah yang boleh mengganggu aktiviti seharian juga perlu membuat keputusan yang tepat sama ada untuk pulang atau kekal di kampus.

Akhir sekali, pelajar diminta untuk menunggu dan mengikuti arahan selanjutnya yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh USM.

Sekian, terima kasih.

PROFESOR DR. ALDRIN ABDULLAH

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni

Universiti Sains Malaysia

27 April 2020

  • Created on .
  • Hits: 1286

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024