USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM JUARA KUIZ FARMASI KEBANGSAAN

 

F2

Pulau Pinang, 13 Mac 2013 - Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM) mencatat sejarah apabila menjuarai Pertandingan Kuiz Farmasi Peringkat Kebangsaan Ke-4 yang diadakan baru-baru ini.

Pada pertandingan itu, USM berjaya mengetepikan 10 IPT lain sekaligus menggodol Piala Tariq beserta cenderamata khas dari pihak Universiti AIMST, trofi, sijil dan wang bernilai RM 750.

Oh Shi-Minh, Tan Yaw Shen, Yeak Chee Yan, Khong Mei Juan dan Nor Izreen Fazlinda Idris merupakan peserta dan pelajar tahun akhir PPSF yang telah mengharumkan nama USM.

Menurut Prof. Madya Mohamed Azmi Ahmad Hassali, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan, Pusat Pengajian Sains Farmasi, Pertandingan Kuiz Farmasi Peringkat Kebangsaan seringkali diadakan sebagai upacara tahunan bagi kebanyakan Pusat Pengajian Sains Farmasi yang terdapat di Malaysia.

F1

Pasukan Universiti Sains Malaysia bersama Dekan, Prof. Munavvar Zubaid Abdul Sattar Timbalan Dekan Hal-Ehwal Pelajar dan Jaringan, Prof. Madya Dr. Mohamed Azmi Ahmad Hassali dan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Akademik, Dr. Nurzalina Abdul Karim Khan serta penasihat pasukan Dr Amer Hayat Khan.

“Pada tahun ini, Universiti AIMST telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi menganjurkan Pertandingan Kuiz Farmasi Peringkat Kebangsaan Yang Ke-4 Tahun bertemakan Coliseum for Intellects.”

Kejayaan pelajar tersebut turut dibantu oleh Dr. Ameer Hayat, Pensyarah dan juga penasihat akademik termasuk Mohamed Azmi sendiri.

Tambah Mohamed Azmi lagi pertandingan ini mengandungi soalan yang meliputi semua bidang dalam kerjaya Farmasi iaitu fisiologi, kimia, farmakologi, teknologi farmaseutikal, praktis farmasi dan farmasi klinikal.

“Kuiz Farmasi kali ini bukan sahaja mencabar minda para peserta bahkan menyuntik semangat berdaya saing antara pasukan bertanding, malah mampu membuka peluang kepada para peserta untuk mengetahui informasi terkini berkaitan praktis farmasi yang semakin berkembang mengikut arus pemodenan.”

Antara IPT yang terlibat di dalam pertandingan ini adalah UIA, UiTM, UM, UKM, CUCMS, MSU, IMU, Taylor’s University, Monash University serta universiti jemputan khas, Universitas Sumatera Utara, Indonesia.

 

 

  • Created on .
  • Hits: 3418

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024