USM MENYERLAH DI MIFF 2013
PULAU PINANG, 12 Mac 2013 – Universiti Sains Malaysia(USM) meraih kejuaraan dan ketiga di Malaysian International Furniture Fair (MIFF 2013) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra,Kuala Lumpur baru-baru ini.
Unity Table direka oleh Emmy Kong Pek Kei, pelajar tahun dua dari Pusat Pengajian Seni (PPS) meraih tempat pertama dengan kemenangan RM10,000.00. Meja unik ini diinspirasikan daripada gasing, iaitu permainan tradisional Malaysia dengan direka menggunakan kombinasi rotan, kaca dan keluli.
“Meja ini bersifat jimat ruang, mudah dibawa dan juga lestari, sesuai dengan kampus USM sebagai Kampus Lestari,” kata Emmy di sidang media khas sempena kemenangan ini yang dipengerusikan oleh Dekan PPS, Prof Madya Mohamad Omar Bidin.
Selain itu, Meja Ketupat rekaan Priscilla Lok Ai Fang mendapat tempat ketiga di pertandingan yang sama. Rekaan dan struktur meja ini berlapis-lapis dan menyokong di antara satu sama lain. Jalinan meja ini dilihat seperti sebiji ketupat iaitu makanan tradisi masyarakat Malaysia.
Satu lagi produk adalah Kerusi Gendang yang mengggabungkan pelbagai material iaitu rotan, kayu getah dan juga fabric microfiber ciptaan Liow Heng Yee, pelajar tahun 2 PPS.
Menurut Omar, tiga pelajar USM adalah di antara 10 finalis di dalam pertandingan ini yang disertai oleh 193 pelajar dari pelbagai universiti tempatan dengan tema “A Tribute to the shapes and colours of Malaysia”.
Turur hadir, Pengerusi Bahagian Rekabentuk Produk PPS, Encik Hafeezur Rahmaan Mohd Yaasin. - Teks: Nor Rafizah Md Zain/Foto: Mohd Fairus Md. Isa
- Created on .
- Hits: 2303