USM BERI AMARAN MEREKA YANG SEBAR BERITA PALSU ATAU FITNAH
PULAU PINANG, 14 April 2020 – Universiti Sains Malaysia (USM) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang menyebar berita palsu di media sosial sehingga menjejaskan imej dan reputasi universiti.
Pihak USM memandang serius penghinaan individu terbabit di media sosial apabila mendakwa makanan yang disediakan kepada pelajar di kampus tidak berkualiti.
USM sedang menyiasat dan mengkaji keperluan dalam mengambil tindakan undang-undang jika terbukti ia dilakukan dengan sengaja bagi memfitnah universiti.
USM turut berharap tidak ada mana-mana pihak mengeluar kenyataan sewenang-wenangnya apatah lagi menyebarkan berita palsu kerana ia bukan budaya universiti ini.
Terdahulu, tular di laman sosial Facebook sejak semalam mengenai ‘pelajar’ mendakwa makanan yang disediakan USM kepada warga pelajarnya yang menetap di kampus ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menyelerakan.
- Created on .
- Hits: 3414