USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PADU POHON SUMBANGAN SEDIAKAN PERALATAN PERUBATAN UNTUK HOSPITAL SELURUH MALAYSIA

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 12 April 2020 – Persatuan Alumni Doktor USM (PADU) telah melancarkan Projek Dana Pembelian Alatan Sokongan dan Bantuan Pernafasan (COVID-19) bermula 23 Mac 2020.

Projek dana tersebut bertujuan untuk membantu hospital-hospital di seluruh Malaysia yang kini mengalami kekurangan alatan khususnya alatan sokongan pernafasan akibat wabak pandemik COVID-19.

WhatsApp_Image_2020-04-14_at_10.52.06.jpeg

Projek ini telah mendapat sambutan dengan dana yang terkumpul hampir RM70,000 termasuk sumbangan dari Tabung Mawaddah, Bank Muamalat Malaysia Berhad sebanyak RM37,500 untuk pembelian 10 set helmet CPAP.

PADU mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi menderma.

Melalui sumbangan tersebut, PADU telah berjaya membeli 11 set helmet CPAP dan 5 helmet BiPAP dan telah diagihkan ke enam buah hospital di Malaysia: Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Hospital Queen Elizabeth 1, Hospital Umum Sarawak dan Hospital Universiti Sains Malaysia.

Selain itu, PADU juga mengelola projek memasang plastic shield pada 300 frame 3D face shield hasil sumbangan daripada pihak 3D Printing Malaysia Community for COVID-19 dan telah mengagihkannya kepada petugas kesihatan barisan hadapan dan juga staf makmal Hospital Raja Perempuan Zainab II, Hospital Tumpat dan Hospital USM.

PADU masih memerlukan dana sebanyak RM290,000 untuk memenuhi permintaan alatan sokongan pernafasan di seluruh hospital di Malaysia melalui wakil PADU yang berkhidmat di setiap hospital.

Alatan bantuan pernafasan yang mendapat permintaan termasuk CPAP, BiPAP, high flow nasal cannula dan juga ventilator.

WhatsApp_Image_2020-04-14_at_10.51.54.jpeg

 

Namun, disebabkan limitasi kewangan, kami hanya membekalkan alatan yang mampu beli mengikut dana yang ada.

Sumbangan anda amat diperlukan lagi untuk mendapatkan alatan tersebut dengan kadar segera dalam menangani wabak COVID-19.

Sebagai tambahan, PADU juga melancarkan projek “FOOD CHARITY FOR USM STUDENTS” - PADU (COVID-19). Dana ini bagi menyumbang bekalan makanan kepada pelajar USM Kampus Kesihatan yang berada di kampus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PADU sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang.

Sumbangan masih diperlukan lagi dan anda boleh salurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad: 03018010143411 PERSATUAN ALUMNI DOKTOR USM (PADU). Rujukan: CPAP COVID-19.

Teks: Prof. Dato’ Dr. Jafri Malin Abdullah (Presiden PADU) & Dr. Wan Faiziah Wan Abdul Rahman (Setiausaha PADU)

  • Created on .
  • Hits: 1059

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024