USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ALUMNI USM DILANTIK SEBAGAI KSU KEMENTERIAN KESIHATAN

Datuk Farida

PULAU PINANG, 8 Mac 2013 – Alumni Universiti Sains Malaysia (USM) merangkap Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Farida Mohd. Ali dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkuat kuasa 15 Mac ini.

Memetik kenyataan dari laman web Bernama, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa dalam kenyataan akhbar hari ini berkata, pelantikan Farida bagi menggantikan Datuk Kamarul Zaman Md Isa yang bersara pilihan setelah berkhidmat selama 35 tahun.

Farida berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Perancangan) (Kepujian) memulakan perkhidmatan dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada Disember 1981 dan pernah menyandang jawatan Penolong Pengarah di Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan Belanjawan, Bahagian Pengurusan Belanjawan, Kementerian Kewangan dan Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam.

KSN dalam kenyataannya berkata, pengetahuan dan pengalaman beliau (Farida) diyakini dapat memimpin warga perkhidmatan awam di KKM untuk berkhimat dengan penuh integriti, cekap, telus dan berkesan demi kecemerlangan negara.

  • Created on .
  • Hits: 3316

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024