COVID-19: HULUR SUMBANGAN BANTU MAHASISWA USM
USM PULAU PINANG, 20 Mac 2020 – Orang ramai boleh memberi sumbangan membantu mahasiswa USM yang berada di kampus sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dengan menyalurkan kepada Tabung Sumbangan COVID-19:
Nama Akaun: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA; No Akaun: 98986101006398 (CIMB Bank).
Sumbangan ini tentunya amat bermakna kepada mereka yang pertama kali berada dalam bilik desasiswa dan tidak dibenarkan bebas bergerak, dan merindui keluarga dan rakan-rakan di luar sana, apatah lagi dalam debaran dan bimbang kekurangan makanan dan keperluan harian lainnya,
Sumbangan ini akan membolehkan USM terus menyediakan keperluan makanan dan minuman percuma kepada para pelajar termasuk pelajar antarabangsa dan tempatan yang berkeluarga di kesemua kampus sepanjang tempoh getir membendung penularan COVID-19.
USM turut mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk barangan termasuk makanan kering, keperluan harian (toiletries) dan sebagainya. Sumbangan makanan yang dimasak (cooked-meals) adalah TIDAK DIBENARKAN.
Sumbangan barangan keperluan harian ini boleh terus disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan (Nerve Centre) COVID-19 USM di talian 04-6536124/04-6532267.
Teks: Mohamad Abdullah (BHEPA USM)
- Created on .
- Hits: 1595