USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI TINJAU SITUASI COVID-19 USM

USM PULAU PINANG, 26 Mac 2020 – Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, YB. Dato’ Dr. Mansor Othman hari ini mengadakan program lawatan ke Universiti Sains Malaysia (USM) untuk melihat pengurusan dan situasi terkini universiti berkaitan keadaan COVID-19.

WhatsApp Image 2020 03 27 at 06.00.34 1

Kampus induk USM merupakan lokasi pertama yang dilawati beliau dalam rangka lawatan program ke Institusi Pengajian Tinggi Zon Utara sepanjang dua hari ini.

Menurut Mansor, hasil dari informasi yang diperoleh beliau, USM telah membuat persiapan yang ke hadapan dan bersiap siaga dengan baik dalam menghadapi situasi COVID-19 ini.

“Di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi, pusat krisis kami memberi keutamaan untuk mencari jalan terbaik bagaimana untuk menangani isu ini bagi keseluruhan warganya di seluruh Malaysia terutama pelajar,” jelas Ahli Parlimen Nibong Tebal itu.

Tambah alumni USM Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan tahun 1976 ini, USM harus memberi perhatian kepada langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam menjaga kebajikan para pelajarnya yang berada di kampus sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan yang telah dilanjutkan hingga 14 April 2020.

WhatsApp_Image_2020-03-26_at_11.09.20_1.jpeg

Sesi lawatan yang berlangsung di Nerve Centre COVID-19 USM itu turut diselitkan dengan taklimat oleh Naib Canselor USM, Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkenaan keadaan semasa USM dalam menghadapi krisis tersebut termasuk inisiatif yang telah dan akan diambil pihak Universiti serta sesi penyerahan sumbangan kepada pelajar. 

Sementara itu, Mansor turut mengadakan pertemuan di Kampus Kejuruteraan USM di Nibong Tebal, sebelum menuju ke lima lagi lokasi lain di Zon Utara dalam rangka kerja lawatan beliau.

Turut hadir ke sesi ini ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Aldrin Abdullah; Pendaftar, Dr. Musa Ali; Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar USM (MPPUSM), Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri dan pengarah-pengarah pusat utama tertinggi universiti.

WhatsApp_Image_2020-03-27_at_06.00.34.jpeg

Sesi turut dilaksanakan melalui web streaming bersama kampus-kampus utama USM.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 2221

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024