USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR USM DIMASYHUR IKON MRSM TAIPING

mrsm 1 edited edited

TAIPING, PERAK, 7 Mac 2020 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan menjadi pilihan Maktab Randah Sains Mara Taiping, Perak apabila dimasyhurkan sebagai Ikon MRSM Taiping baru-baru ini.

Pemilihan Faisal Rafiq sebagai ikon kepada maktab tersebut dilihat kepada pencapaian beliau dalam pelbagai bidang akademik, industri dan seterusnya menjawat antara jawatan tertinggi institusi pendidikan tinggi negara sebagai Naib Canselor USM pada usia muda.

mrsm 2 edited

Faisal Rafiq yang juga alumni MRSM Taiping tahun 1991/1992 berkata beliau amat terharu dan ini merupakan penghargaan yang cukup tinggi buatnya oleh pihak MRSM yang menyokong dan menganugerahkan beliau atas pencapaian yang dikecapi sehingga kini.

"Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MRSM kerana sudi memilih dan memasyhurkan saya sebagai ikon MRSM Taiping, dan ini merupakan satu anjakan motivasi buat saya bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada universiti dan negara dalam pembangunan pendidikan secara keseluruhannya," katanya.

Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak MARA dan MRSM Taiping yang memilih dan memberi peluang kepadanya untuk medapatkan pendidikan peringkat sekolah menengah di situ sehingga berjaya ke tahap ini.

Permasyhuran Faisal Rafiq sebagai Ikon MRSM ini adalah bersempena dengan Majlis Pelancaran Gemilang 2020 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik & Apresiasi Semester 2, 2019 MRSM Taiping.

IMG 0122 edited

mrsm 8

Selain itu, Naib Canselor turut hadir meluangkan masa bersama 200 orang pelajar cemerlang MRSM Taiping bagi berkongsi pengalaman beliau semasa menuntut pengajian di MRSM Taiping dan turut menyampaikan tips serta motivasi untuk pelajar terus mengorak langkah ke hadapan bagi meneruskan legasi kepimpinan terbaik buat negara di masa akan datang.

mrsm 4

mrsm6

Yang turut hadir adalah Pengetua Cemerlang MRSM Taiping, Noriha Ahmad; Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar MRSM Taiping,  Fauzi Rahman; barisan pengurusan tertinggi dan guru-guru MRSM Taiping serta alumni-alumni jemputan MRSM Taiping.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 4515

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024