USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TABUNG BANTUAN WIRA NEGARA DILANCAR

 usmdatu2

PULAU PINANG, 8 Mac 2013 – Tabung Bantuan Wira Negara khas buat pasukan keselamatan Malaysia yang gugur di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini dilancar di Universiti Sains Malaysia (USM).

Tabung tersebut dibuka untuk warga kampus dan awam yang ingin membuat amal sumbang ikhlas bagi meringankan beban ahli keluarga mangsa peperangan tersebut.

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato’ Omar Osman telah melancarkan  tabung bagi tujuan tersebut.

Menurut Omar, Universiti Sains Malaysia (USM) akan mendokong sepenuhnya apa yang dilakukan kerajaan dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.

“Warga USM sentiasa mendoakan keselamatan negara terjamin dan kami disini akan membantu apa yang sewajarnya untuk pembela negara,” ucap beliau ketika majlis solat hajat dan bacaan Yasin di Masjid Al-Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia kelmarin.

Selain itu, beliau menggesa seluruh warga kampus terutamanya pelajar menjadikan peristiwa berdarah di Lahad Datu sebagai pedoman agar sentiasa mencintai keamanan.  

usmdatu1

Pada majlis tersebut, wakil Ketua Polis Pulau Pinang, Supt. Mohammad Zain Rasit, Pegawai Turus Inteligen Ekstremis Sosial, Cawangan Pulau Pinang turut hadir menyampaikan berita semasa keadaan keselamatan negara dan perkembangan di Lahad Datu, Sabah.

Majlis tersebut dimulakan dengan solat Maghrib, bacaan Yassin, solat Isyaq, diikuti solat hajat dan ceramah.

Turut hadir adalah Timbalan-Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan Prof. Adnan Hussein serta pegawai-pegawai utama universiti. Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar Foto: Mohd Fairus Md. Isa

 

  • Created on .
  • Hits: 2235

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024