USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN JANGKITAN COVID-19 UNTUK WARGA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

41580277255 Koronavirus edited

2 Mac 2020

Universiti Sains Malaysia (USM) sangat prihatin terhadap kesihatan dan keselamatan seluruh warga USM berikutan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia. Sehubungan ini, merujuk kepada kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 27 Februari 2020 serta panduan dari pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, pihak USM menasihatkan semua warga untuk mematuhi arahan berikut:

1.         Semua warga USM (staf dan pelajar) disarankan untuk menangguhkan perjalanan, berkuatkuasa serta-merta ke negara-negara yang diisytiharkan sebagai kawasan wabak COVID-19 iaitu negara China, Hong Kong, Taiwan, Macau, Korea, Jepun, Itali dan Iran. Saranan ini bersamaan dengan penilaian risiko yang telah dinaikkan oleh WHO ke tahap tertinggi.

2.         Semua warga USM yang baru pulang dari negara berisiko atau telah menerima arahan ‘home surveillance’ perlu menjalani pemantauan rapi di rumah (home surveillance) selama 14 hari mulai tarikh pelepasan pulang ke Malaysia. Segera dapatkan rawatan di Hospital Kerajaan jika mengalami gejala berikut:- Demam; Sesak Nafas; Batuk; Sakit Tekak.

3.         Warga USM yang terlibat juga perlu memaklumkan kepada Bilik Gerakan Pusat Sejahtera melalui panggilan telefon 04-6534948 yang beroperasi setiap hari (waktu pejabat) untuk rekod dan penyaluran maklumat berkaitan Tatacara Penilaian Kesihatan Kendiri (Self-Health Assessment) sebaik sahaja kembali ke Malaysia. Warga USM berkenaan juga dikehendaki memaklumkan kepada pihak pengurusan PTJ masing-masing.

4.         Warga USM dinasihatkan untuk mengamalkan penjagaan kesihatan terbaik bagi mengurangkan risiko jangkitan. Segera dapatkan rawatan di hospital kerajaan berhampiran sekiranya anda atau ahli keluarga anda mempunyai tanda-tanda awal berkemungkinan dijangkiti. Maklumkan sejarah perjalanan anda kepada doktor yang merawat bagi memastikan pengesanan awal jangkitan COVID-19.

Pihak USM akan terus memantau perkembangan wabak ini serta menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa. Sekiranya warga USM mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi Bilik Gerakan, Pusat Sejahtera di talian 04-6534948.

Terima kasih atas kerjasama dan perhatian semua.

Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia

  • Created on .
  • Hits: 2433

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024