USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM DAN KAWAI CORPORATION PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK

EAM 7574 edited

USM PULAU PINANG, 24 Februari 2020 – Delegasi daripada Kawai Corporation, Jepun hari ini mengadakan kunjungan hormat dan perjumpaan lanjutan ke atas Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed di pejabatnya.

Dalam sesi ringkas itu, pelbagai perkara dibincangkan antara kedua-dua institusi untuk masa hadapan dalam bidang yang berkaitan.

Kunjungan hormat itu juga adalah kesinambungan daripada kolaborasi yang telah terjalin sebelum ini dan untuk memperkukuhkan lagi kerjasama strategik sedia ada.

EAM 7578 edited

Delegasi Kawai Corporation terdiri daripada Timbalan Pengurus Besar Jabatan Kejuruteraan, Toshinori Yamamoto serta penyelidik dari Jabatan Kejuruteraan, Tan Zi Jun dan Chew Chin Boon.

Sehingga tahun 2014, syarikat Kawai telah berusia 85 tahun dan diasaskan semasa Kemelesetan Besar (The Great Depression) pada tahun 1929. Kawai Corporation kini beribu pejabat di Nagoya, Jepun.

Pada mulanya Kawai terlibat dalam membaiki besi pematerian. Sehingga 20 tahun yang lalu, produk utama yang dihasilkan ialah pemanas untuk ketuhar gelombang mikro, mesin basuh pinggan mangkuk dan peralatan elektrik rumah yang lain.

EAM 7592 edited

Walau bagaimanapun, Kawai kini menyediakan “heat” yang diperlukan pelanggan dalam bentuk pemanas sebagai perniagaan utamanya serta mengembangkan pasaran sasarannya dalam bidang peralatan perubatan, semikonduktor dan ITS.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 732

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024