USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM LAKAR KEMENANGAN 100%, RAIH 6 EMAS, 7 PERAK, 2 GANGSA, 1 ANUGERAH TERBAIK DAN 3 ANUGERAH KHAS DI MTE 2020

mte 1

KUALA LUMPUR, 22 Februari 2020 – Universiti Sains Malaysia (USM) meneruskan kecemerlangan  inovasi dan penyelidikan apabila melakar kemenangan bermakna meraih 6 pingat Emas, 7 Perak dan 2 Gangsa serta 1 Anugerah Terbaik dan 3 Anugerah Khas pada pertandingan Malaysia Technology Expo (MTE) 2020.

MTE 2

Lebih membanggakan apabila Dr. Low Hui Min dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM dengan produknya "The Story of Khamdy - An e-Module for Teacher Training on Autism and Inclusive Education" dipilih sebagai penerima Anugerah Terbaik MTE 2020 bagi kategori Teknologi Pendidikan dan Pedagogi, termasuk meraih pingat emas MTE 2020.

Manakala tiga penyelidik USM menjadi perhatian juri luar negara apabila Prof. Madya Dr. Husnul Azan Tajarudin dari Pusat Pengajian Teknologi Industri berjaya meraih Anugerah Khas "Croatia Inova", Prof. Madya Ir. Dr. Cheah Chee Ban dari Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan untuk Anugerah Khas "Haller Pro Inventio Foundation Poland" dan Prof. Madya Dr. Abdul Hafiz Ab Majid dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat menerima anugerah khas "Japan Intellectual Property Association (JIPA)."

MTE_1.jpeg

Enam emas yang berjaya dibawa pulang USM adalah melalui Prof. Madya Ir. Dr. Cheah Chee Ban (Pusat Pengajian Perumahan Bangunan dan Perancangan), Prof. Madya Dr. Abdul Hafiz Ab Majid (Pusat Pengajian Sains Kajihayat), Prof. Madya Ir. Dr. Leo Choe Peng (Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia), Dr. Muaz Mohd Zaini Makhtar (Pusat Pengajian Teknologi Industri), Dr. Low Hui Min dan Dr. Nor Asniza Ishak (Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan).

IMG 0250

Selain itu, USM turut membawa pulang 7 Perak dan 2 Gangsa sekaligus mengekalkan rekod pencapaian 100 peratus pungutan pingat keseluruhan seperti pada tahun lalu.

Pengarah Pusat Inovasi dan Perundingan USM selaku ketua delegasi penyelidik USM ke MTE 2020, Profesor Ts. Dr. Hanafi Ismail berkata kejayaan ini menunjukkan bahawa USM telah berjaya melahirkan penyelidik muda yang amat berpotensi bagi pembangunan penyelidikan di negara ini.

"Pencapaian USM pada MTE 2020 kali ini amat memberangsangkan dan dapat saya katakan ia lebih baik daripada tahun lalu melalui kemenangan yang diraih oleh penyelidik kita," katanya ketika ditemubual selepas tamat majlis penyampaian hadiah dan pingat.

Menurut Hanafi, apa yang menggembirakan adalah majoriti daripada penyelidik yang kita ketengahkan ini terdiri daripada penyelidik muda yang telah menunjukkan kecemerlangan hasil penyelidikan yang mereka jalankan di USM.

"Ini merupakan perkembangan yang baik untuk masa depan USM sebagai universiti penyelidikan di Malaysia," jelasnya.

Pada masa yang sama, beliau berkata tiga daripada produk yang dipertandingkan telah melalui proses perlesenan dan kini sedang diusahakan bersama USAINS bagi fasa pengkomersilan.

Yang turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed yang meluangkan masa memberi sokongan kepada para penyelidik USM bertanding.

Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas dengan kejayaan kali ini di MTE 2020 dan berharap momentum kejayaan ini dapat dikekalkan untuk pertandingan-pertandingan penyelidikan yang akan datang.

"Saya amat gembira dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat semua penyelidik muda USM atas kejayaan dimiliki ini, dan ini membuktikan penyelidik kita ini berada pada tahap yang disasarkan oleh universiti secara keseluruhannya," katanya.

Senarai penuh pencapaian penyelidik-penyelidik USM pada MTE 2020 – The 19th International Expo on Inventions and Innovations:

ANUGERAH TERBAIK

Dr. Low Hui Min (Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan)/Kategori: Teknologi Pendidikan dan Pedagogi/Tajuk Hasil Inovasi: The Story of Khamdy - An e-Module for Teacher Training on Autism and Inclusive Education.

ANUGERAH KHAS

mte 10 edited

Prof. Madya Dr. Husnul Azan Tajarudin (Pusat Pengajian Teknologi Industri)/Anugerah Khas "Croatia Inova”/Kategori: Pertanian, Penternakan & Hortikultur, Akuakultur dan Perikanan/Tajuk Hasil Inovasi: Conversion of Food Waste via Two-Stage Fermentation to Controllable Chicken Feed Nutrients by Local Isolated Microorganism.

MTE 3

Prof. Madya Ir. Dr. Cheah Chee Ban (Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan)/Anugerah Khas “Haller Pro Inventio Foundation Poland”/Kategori: Bangunan/Tajuk Hasil Inovasi: ECO-CRETE.

MTE 4

Prof. Madya Dr. Abdul Hafiz Ab Majid (Pusat Pengajian Sains Kajihayat)/Anugerah Khas “Japan Intellectual Property Association (JIPA)”/Kategori: Pertanian, Penternakan & Hortikultur, Akuakultur dan Perikanan/Tajuk Hasil Inovasi: Bio-BacChi Termite.

PINGAT EMAS

Prof. Madya Ir. Dr. Cheah Chee Ban - Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan

Prof. Madya Dr. Abdul Hafiz Ab Majid - Pusat Pengajian Sains Kajihayat

Prof. Madya Ir. Dr. Leo Choe Peng - Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia

Dr. Muaz Mohd Zaini Makhtar - Pusat Pengajian Teknologi Industri

Dr. Low Hui Min - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Dr. Nor Asniza Ishak - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

PINGAT PERAK

Dr. Mohd Rosli Mohd Hasan - Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam

Prof. Madya Dr. Husnul Azan Tajarudin - Pusat Pengajian Teknologi Industri

Dr. Nur Arzuar Abdul Rahim - Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT)

Dr. Fatanah Mohamad Suhaimi - Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT)

Prof. Madya Dr. Norehan Mokhtar - Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT)

Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Zuratul Ain Abdul Hamid - Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral

Prof. Madya Ir. Dr. Abdul Naser Abdul Ghani - Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan

PINGAT GANGSA

Ts. Dr. Nur Azlina Mohamed Mokmin - Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM)

Prof. Madya Ts. Ir. Dr. Pung Swee Yong - Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 2051

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024