USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM RANGKUL 1 EMAS DAN 1 PERAK DI IFDI 2020

USM PULAU PINANG, 20 Februari 2020 – Pensyarah dan pelajar Pusat Pengajian Seni (PPS) Universiti Sains Malaysia (USM) kelmarin membanggakan menara ilmu apabila berjaya menggondol masing-masing 1 Emas dan 1 Perak di acara International Furniture Design Innovation (IFDI) 2020.

Pensyarah, Dr. Siti Suhaily Surip telah berjaya memenangi Emas bersama pelajar Lee Sing Mei melalui hasil karya “Variado” manakala beliau memenangi Perak bersama pelajar Teh Wei Ting dengan karya “Trilof”.

dr_su.jpeg

Ketiga-tiga mereka melahirkan rasa kegembiraan dengan kejayaan ini dan berharap kejayaan ini akan menjadi motivasi kepada pensyarah dan pelajar lain untuk mengikut jejak langkah seperti ini agar nama USM dapat dikenali.

Sebanyak 38 peserta daripada First City University College, UITM Cawangan dan UTHM telah mengambil bahagian dalam acara ini.

Bertemakan "Synergizing Design for Future Sustainability", acara ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis Rekabentuk Malaysia, Universiti Teknologi Mara dan Balai Seni Negeri, Kedah Darul Aman.

IFDI 2020 menyediakan platform kepada pelajar, pereka dan golongan profesional untuk mempamerkan kreativiti mereka melalui ciptaan dan konsep baharu dalam rekabentuk perabot untuk kelestarian masa hadapan.

Penganjur IFDI 2020 bukan sahaja membuka ruang dan peluang kepada pereka untuk menonjolkan rekaan mereka malahan memberi peluang mewujudkan kerjasama antara pereka dan usahawan bagi mencari bakat baru dan idea segar berkaitan perabot.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 737

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024