USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENSYARAH MUDA USM DIPILIH SERTAI CEO@FACULTY PROGRAMME 2.0 BERSAMA KHAZANAH NASIONAL BHD

USM PULAU PINANG, 20 Februari 2020 – Pensyarah Pusat Pengajian Seni, Dr. Muhammad Hafiz Wan Rosli terpilih dan berjaya menyertai Program CEO@Faculty 2.0 untuk musim ketiga. 

Hafiz yang merupakan pensyarah muda bidang reka bentuk dan teknologi media baru melahirkan rasa kesyukuran dan kegembiraan melalui penyertaan ini yang baginya merupakan satu pengiktirafan untuk terus menyumbang kepada pembangunan dan kemasyhuran nama Universiti Sains Malaysia (USM).

hafiz_ceoFaculty.jpg

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih buat Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk penyertaan ini dan penempatan di bawah Khazanah Nasional Berhad,” katanya.

Program CEO@Faculty ini menyasarkan untuk memberi pendedahan kepada pensyarah universiti berumur 40 tahun ke bawah yang mempunyai ijazah kedoktoran untuk mempelajari asas dan operasi industri.

Program ini turut meraikan CEO yang bersukarela menerima tugasan untuk melatih pensyarah muda daripada universiti-universiti untuk menjadi pemimpin masa hadapan selaras dengan temanya “Coached by the Pros”.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga mewujudkan program Academia-Industry Talent Exchange Programme (AIxCHANGE) bagi menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan dan kepakaran yang boleh dimanfaat secara bersama antara pihak akademia dan industri seterusnya memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1220

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024