USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

AMBANK GROUP BERTEMU NC USM

EAM 6963 edited

USM PULAU PINANG, 18 Februari 2020 – Naib Presiden Eksekutif, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan AmBank (AmBank Group), Tuan Syed Anuar Syed Ali hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Canselor USM, Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan di pejabatnya.

Dalam sesi kunjungan di Pejabat Naib Canselor USM itu, pelbagai perkara dibincangkan antara kedua-dua pihak berkaitan beberapa usahasama yang dapat dimeterai kelak dalam bidang yang berkaitan.

EAM 6958 edited

Perbincangan turut disertai oleh Penasihat Undang-Undang USM, Dr. Khairul Anuar Che Azmi; Chief Growth Officer (CGO) USM, Izam Fairus Kamaruddin dan Pegawai Khas Naib Canselor, Mohd Rashid Abdul Rejab.

USM dan AmBank Group telah lama berkolaborasi antara satu sama lain antaranya, pengasasnya, Tan Sri Azman Hashim telah menyumbang sebuah bangunan di USM iaitu Kompleks Sukan Azman Hashim yang dibina pada tahun 2015.

Kompleks Sukan Azman Hashim ini telah dibina selama 11 bulan dengan nilai sebanyak RM10 juta dan berkeluasan 54,880 kaki persegi.

EAM 6971 edited

Selain itu, USM turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan kepada Tan Sri Azman Hashim pada upacara konvokesyen kelima puluh tiga pada tahun 2016.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 810

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024