USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PEYATIM DAN PEMENANG KUNJUNG HORMAT NC USM

 

Penang_6.jpeg

USM PULAU PINANG, 18 Februari 2020 – Timbalan Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) merangkap Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Mohd Yussof Latiff hari ini mengadakan kunjungan hormat sulung ke atas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan di pejabatnya.

Penang_1.jpeg

Dalam sesi ringkas di Pejabat Naib Canselor USM itu, pelbagai perkara telah dibincangkan antara dua pihak ini untuk kolaborasi bersama dan kemajuan masa hadapan dalam bidang yang berkaitan.

Delegasi turut disertai oleh Timbalan Presiden PEMENANG, Dato’ Abdul Rashid Ismail; dan Setiausaha PEMENANG, Dato’ Hj. Shaik Mohamed Shaik Abdul Kadir.

PEYATIM merupakan organisasi yang ditubuhkan pada tahun 1990 dan kini dianggotai oleh 54 buah asrama anak yatim dari seluruh negara dan berobjektif menjaga hal-hal kebajikan anak yatim berkaitan pendidikan dan seumpamanya demi membangun dan mengembangkan potensi golongan yatim dan miskin supaya mampu berdikari.

Manakala PEMENANG merupakan pertubuhan yang diasaskan pada tahun 1927 dan menjadi suara bangaa Melayu Pulau Pinang, serta giat menganjurkan pelbagai majlis, acara, program dan aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan setiap tahun di Pulau Pinang.

Penang_2.jpeg

PEMENANG juga telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan USM dan melaluinya telah melancarkan Projek Kecemerlangan Akademik (PeKA) yang membolehkan para pelajar sekolah rendah dan menengah berbangsa Melayu di Pulau Pinang mengikuti kelas tuisyen pada hujung minggu.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Ebrahim Abdul Manan

 

 

  • Created on .
  • Hits: 1010

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024