PROGRAM SIHAT SANTAI PPPJJ BAKAL JADI ACARA TAHUNAN SEMPENA KURSUS INTENSIF
PULAU PINANG, 7 Februari 2020 – Program Sihat Santai Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) bakal menjadi acara tahunan pusat pengajian bagi merapatkan ukhwah warga PPPJJ sempena Kursus Intensif.
Menurut Dekan PPPJJ, Dr. Ku 'Azam Tuan Lonik program ini dapat melahirkan warga yang sihat dan sejahtera selain mengeratkan hubungan dengan warga PJJ.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik, pertandingan persahabatan futsal dan bola sepak.
Program ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan Kakitangan PPPJJ serta mendapat penyertaan lebih 300 pelajar dan seluruh warga PPPJJ.
Kursus intensif Sidang Akademik 2019/2020 Rancangan Pengajian Jarak Jauh sedang berlangsung mulai 28 Januari yang lalu sehingga 13 Februari ini di kampus Induk USM.
Seramai 4,928 pelajar PJJ sedang mengikuti kursus intensif dalam empat rancangan pengajian ijazah sarjana muda yang ditawarkan USM iaitu Pengurusan, Sains Kemasyarakatan, Sains dan Sastera.
Sebagai perintis program jarak jauh di Malaysia, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh telah berjaya melahirkan seramai sekurang-kurangnya 23,861 graduan dalam pelbagai bidang sejak penubuhannya pada tahun 1971.
Teks: Nor Rafizah Md. Zain.
- Created on .
- Hits: 858