USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ARUS: KISAH PERJALANAN SENI SHAPAREL SALLEH DIPAMER DI MGTF

EAM 6393 edited

PULAU PINANG, 3 Februari 2020 – Kisah dan naratif perjalanan seni artis berpengalaman lebih 30 tahun dalam Seni Halus, Shaparel Salleh dipamerkan di Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), Universiti Sains Malaysia (USM).

Menerusi lebih 20 buah karya terbaharu beliau yang dipamer bertemakan 'ARUS' pada kali ini, Shaparel telah mengetengahkan hasil seni yang menakjubkan dan memberi pelbagai erti dalam kehidupan manusia terutamanya membabitkan pergerakan serta keunikan alam semesta.

Terjemahan yang diilmiahkan melalui hasil lukisannya yang terkumpul selama bertahun-tahun ini menggambarkan isu-isu berkaitan politik, sosial, keagamaan, moral, kegawatan domestik dan antarabangsa secara keseluruhannya.

EAM 6413 edited

Pameran ini turut mendapat perhatian Naib Canselor USM, Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan yang hadir bagi merasmikan pameran solo beliau baru-baru ini.

Pada majlis perasmian, Rafiq berkata MGTF USM sentiasa memberi ruang kepada pelukis tempatan dan antarabangsa mengetengahkan hasil karya mereka untuk dipertonton oleh warga kampus, terutamanya pelajar-pelajar seni daripada Pusat Pengajian Seni, seperti Shaparel Salleh yang juga alumni USM (1999) dalam Sarjana Muda Sastera (Seni Halus).

SHR 8488 edited

“Penganjuran pameran sementara oleh MGTF seperti ini akan berterusan dilaksanakan dan khabarnya banyak lagi pameran seni yang akan dianjurkan sepanjang tahun 2020 ini dan kesemuanya untuk dimanfaatkan oleh masyarakat kampus dan pengunjung yang datang," ucapnya.

Yang turut hadir adalah isteri Naib Canselor, Mazarisusanty Ibrahim; Pengarah MGTF USM, Zolkurnian Hassan dan Pensyarah, Pusat Pengajian Seni USM merangkap Mantan Pengarah MGTF USM, Profesor Madya Hasnol Jamal Saidon.

Mohd Shaparel Bin Hj. Salleh, 48 tahun, anak kelahiran Alor Gajah Melaka ini telah menyertai lebih daripada 70 pameran seni halus tempatan dan antarabangsa.

Beliau turut menjadi Pengajar Sambilan di Pusat Pengajian Seni USM, di Conservatory of Fine Arts dan di bawah Rancangan Kokurikulum Catan Kampus Induk, USM sejak tahun 2000 sehingga 2019.

Hasil seni lukis beliau turut mendapat minat pelbagai jabatan kerajaan dan badan swasta di seluruh negara antaranya Balai Seni Lukis Sabah, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Pejabat Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Soka Gakkai Malaysia, Bank Negara Malaysia dan banyak lagi.

EAM 6406 edited

Warga kampus dan masyarakat luar dijemput hadir bagi melihat sendiri hasil seni Shaparel Salleh bermula 2 Februari sehingga 14 Mac 2020 di Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah, USM.

Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi talian 04-6533261/2137/4789/4788 atau e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau laman web: www.mgtf.usm.my.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 1010

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024