USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

“THE FLYING DOCTOR” KUNJUNG HORMAT NC USM

 

PULAU PINANG, 6 Februari 2020 – Pro-Canselor USM, Tan Sri Dato’ Dr. Jegathesan Manikavasagam hari ini mengadakan kunjungan hormat dan perjumpaan pertama ke atas Naib Canselor USM, Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan.

JEGA_1.jpeg

 

 

Jega_1_1.jpeg

Dalam sesi ringkas selama satu jam di Pejabat Naib Canselor USM itu, pelbagai perkara telah dibincangkan antara dua individu ini berkaitan perkembangan dan kemajuan USM untuk masa kini dan akan datang.

Dalam rangka lawatan selama sehari di USM, Jegathesan turut akan megadakan ceramah “Leader’s Talk Series” bersama pelajar daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM bertempat di Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) pada sebelah petang.

Jega_3.jpeg

Jegathesan merupakan salah seorang daripada tiga Pro-Canselor USM dan telah memegang jawatan ini sejak tahun 2011.

Secara profesion, beliau ialah seorang doktor perubatan dan merupakan bekas pelari pecut Malaysia yang telah banyak mengharumkan nama negara pada tahun-tahun 60-an sehingga dipanggil “The Flying Doctor.”

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

 

  • Created on .
  • Hits: 840

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024